Sunday 9 December 2012

Motivasi Kecemerlangan dan Solat Hajat Perdana 2012




Jumaat : Surau Wisma Seri Melaka, Kaherah. Anjuran Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dibawah kelolaan Unit Pendidikan (UPEND) BKKIMM telah mengadakan Motivasi Kecemerlangan dan Solat Hajat Perdana untuk peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Majlis yang bermula dari Solat Maghrib secara berjemaah disusuli dengan Solat Hajat Perdana dan zikir munajat yang dibawa oleh mahasiswa dari Syoubra Saudara Mohd Hatin b. Mohd Yusof. Seterusnya, sementara menunggu waktu Isyak sedikit santapan rohani dari ahli Melaka dari Syoubra iaitu Saudara Khairul Anuar b. Abdul Manan. Solat Isyak diimamkan oleh Saudara Mohd Syazwan b. Johal dan seterusnya majlis dendangan qasidah oleh kumpulan qasidah Melaka.

Seterusnya, majlis perasmian yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Aidil b. Md Hassim dan dibuka dengn bacaan ummul kitab Al-fatihah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pemangku Yang Di Pertua, Ustaz Ahmad Rabbani b. Ismail. Beliau mengingatkan mahasiswa-mahasiswi Melaka agar dapat menjaga pembelajaran yang seimbang sambil belajar di kuliah jangan dilupa ilmu-ilmu softskill berpesatuan.
Akhirnya, majlis yang dinantikan majlis Motivasi Kecemerlangan ala-ala forum ini telah dipengerusikan oleh Saudara Mohd Fauzie b. Bashah sebagai wakil Pengajian Islam manakala Saudari Nur Syaikhah bte. Ramli selaku wakil Sains Kesihatan. Ahli panel jemputan pula Ustaz Muhammad Afifi b. Abdullah, Pelajar Darul Ifta’ dan Doktor Muhammad Saifuddin b. Ibrahim, Mahasiswa Sains Kesihatan dari Universiti Kaherah. Majlis Motivasi Kecemerlangan yang berakhir kira-kira jam 9.30 malam itu dikatakan berjaya dengan gemilangnya.

Seterusnya, tayangan video buat pemangkit semangat sahabat-sahabat untuk menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sebelum berakhir sahabat-sahabat dijamukan sedikit hidangan ringkas. Akhirnya, majlis berakhir kira-kira jam 10.30 malam dengan ditutup dengan tasbih kifarah dan surah Al-asr.

“BKKIMM Pilihan Kami!
“ Memaju Prestasi, Membumi Bakti “

Disediakan oleh,

Unit Pendidikan,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2012/2013  

letak ayat nak disembunyikan plak kat sini

No comments:

Post a Comment