Tuesday 1 January 2013

Solat Hajat Perdana BKKIMM



  27 Disember, Surau Wisma Seri Melaka,Kaherah- Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir(BKKIMM) sesi 2012/2013  telah mengadakan program yang julung-julung kali diadakan iaitu Solat Hajat Perdana Sempena Imtihan Dan Memperingati Peristiwa Penarikan Pengiktirafan BKKIMM bertempat di Wism Seri Melaka. Program  tersebut diadakan bertujuan untuk memperingati peristiwa penarikan pengiktirafan BKKIMM pada tanggal 28 Disember 2010 yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Melaka. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Presiden PMRAM 2012 Ustaz Zulhafeez bin Ahmad Zahidi dan Bendahari Agung Ustaz Ahmad Qutaibah bin Mohamed serta sebahagian AJKT Hewi PMRAM. Turut hadir  wakil BKAN Taakhi zon D Selangor dan Pahang sebagai melahirkan sokongan terhadap PMRAM Cawangan Melaka.

Majlis dimulakan dengan solat magrib berjemaah serta solat hajat sempena imtihan yang diimamkan oleh Ustaz Syazwan Bin Johal dan diteruskan dengan bacaan Yaasin, isyak berjamaah dan alunan qasidah pujian ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Solallahualaihiwasallam.

 Seterusnya, majlis diambil alih oleh pengerusi majlis Ustaz Badrul Amin Bin Ashaari. Pada malam yang berbahagia tersebut, majlis diserikan dengan ucapan Timbalan YDP BKKIMM Ustaz Ahmad Rabbani Bin Ismail dan ucapan wakil Presiden PMRAM iaitu Ustaz Ahmad Qutaibah Bin Mohamed. Dengan kerjasama daripada Malacca Multimedia Center (MMC), majlis turut menayang beberapa video sebagai selingan seperti video kenangan semasa awal penarikan pengiktirafan BKKIMM serta video monolog mahasiswa mengenai pencabulan hak mahasiswa.

Acara kemuncak pada malam tersebut telah diisi dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Muiz Bin Muhammad mantan Presiden PMRAM 2009. Antara pengisian yang disampai oleh pentazkirah mengenai tujuan diciptakan manusia di dunia ini adalah beribadat dan menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Sebagai pemuda Islam yang bergelar mahasiswa seharusnya mengambil iktibar dan pedoman daripada sejarah kebangkitan dan kejatuhan empayar Islam yang lepas. Selain daripada menuntut ilmu, mahasiswa juga tidak harus mengabaikan isu dan kemaslahatan yang berlaku pada kehidupan sekeliling termasuk umat Islam di seluruh dunia.

Sebelum berakhir, pengerusi majlis telah memberi laluan kepada BKKIMM yang diwakili oleh YDP Ustaz Khairul Fadhli Bin Husin untuk menyampaikan sumbangan dari ahli-ahli Melaka kepada Ustaz Mohd Aidil Bin Md Hassim diatas pemergian ayahanda beliau ke rahmatullah baru-baru ini. Malis diakhiri dengan sedikit tayangan video daripada MMC.

BKKIMM mengucapkan setinggi penghargaan kepada ahli-ahli PMRAM Cawangan Melaka yang hadir serta wakil PMRAM Pusat dan PMRAM Cawangan zon D yang telah memberi sokongan bagi menjayakan program ini.

Semoga terus bersemangat dalam memperjuangkan survival hak dan intregriti mahasiswa Melaka di Mesir selagi mana ia berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, demi memastikan kelangsungan dakwah Islam yang ingin dibawa selaku mahasiswa Al-Azhar terus berjalan seiring dengan hasrat Al-Azhar yang inginkan 3 perkara yang mesti ada pada jiwa-jiwa azhari iaitu ilmu dakwah dan ibadah. Semoga Allah menyelamatkan dan memelihara BKKIMM dan menganugerahkan ikatan ukhuwah yang jitu serta kejayaan dalam peperiksaan.

"Kalau Roboh Kota Melaka
Papan Di Jawa Kami Dirikan
Kalau sungguh Islam bertakhta
Bkan Melaka Kami pertahankan"

"Memaju Prestasi, Membumi Bakti"
"BKKIMM Pilihan Kami"

Disediakan oleh:
Jabatan Setiausaha Agung
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir 2012/2013

No comments:

Post a Comment