UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Saturday, 26 January 2013

Respon Isu Pegawai Tampar Mahasiswa.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas penghulu nabi yang mulia, ahli keluarga dan para sahabat serta seluruh umat yang mengikut langkah baginda.
 
Kami mahasiswa/wi anak-anak Melaka di Mesir turut melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas insiden yang berlaku ke atas seorang mahasiswa daripada Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) pada 19 Januari 2013 yang lalu.

Kami merasakan tindakan tersebut amat tidak wajar dan bertentangan dengan etika sebagai seorang pegawai yang dihantar untuk menjaga hal ehwal pelajar. Beliau seharusnya menjalankan profesion sebagai seorang pegawai yang membantu pelajar dengan lebih rasional, amanah dan bertanggungjawab. Menampar adalah budaya biadab dan samseng yang mencalar akhlak seorang muslim.

Berikutan isu ini kami mendesak pegawai hal ehwal pelajar yang berkenaan untuk tampil memohon maaf secara terbuka atas tindakan beliau.


"MEMAJU PRESTASI MEMBUMI BAKTI"


KHAIRUL FADHLI BIN HUSIN
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
BKKIMM 2012/2013

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.