Monday 4 February 2013

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H




Kaherah, 4 Februari - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) berjaya melaksanakan program sambutan Maulidur Rasul 1434H pada 28 dan 31 Januari. Program yang berlangsung selama dua hari di bawah kelolaan Unit Dakwah dengan kerjasama Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan BKKIMM dihadiri oleh anak-anak Melaka di Mesir dan turut disertai wakil kepimpinan PMRAM.

 Majlis alunan qasidah dari rumah ke rumah yang diadakan pada 28 Januari, bermula sejurus selepas solat Isyak.Di sebelah ikhwah, bacaan selawat di meriahkan lagi dengan paluan kompang dan sebagainya. Majlis selawat di setiap rumah diakhiri dengan tazkirah ringkas oleh wakil rumah, manakala diperingkat akhawat pula dihidangkan dengan sedikit tayangan video tentang kisah perjuangan dakwah Rasulullah Sallallahua’laihiwasallam dan para sahabat radiAllahuanhum.

Program kemudiannya diteruskan lagi dengan pengisian ilmiah, iaitu diskusi kitab yang berlangsung pada 31 Januari selepas Maghrib. Pendiskusi jemputan ialah Ustaz Mohd Shafiq bin Sahimi. Beliau merupakan graduan Al-Azhar Tanta, dan sekarang menuntut dalam tahun 1 Master Usuluddin di American Maftuh University Cairo.  
Program diskusi yang diadakan di Surau Wisma Seri Melaka ini berkisar tentang kitab yang bertajuk مقومات الرجل العقيدة على طريق الدعوة. Kitab tersebut memperincikan berkaitan sifat individu Muslim yang perlu ada dalam diri setiap pemuda seperti yang digariskan oleh Imam as-Syahid Hassan Al-Banna.

 Program berakhir pada jam 8.30 malam diikuti penyampaian cenderahati oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM), Ustaz Khairul Fadhli bin Hussin kepada penceramah  Ustaz Mohd Shafiq bin Sahimi.

No comments:

Post a Comment