Wednesday 27 February 2013

KURSUS INDUKSI KEPIMPINAN (KIK)



          Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) adalah kursus bagi seorang yang bergelar pimpinan, kursus ini bertujuan untuk melatih serta melahirkan kepimpinan Islam  yang berkualiti, berkredibiliti dan berkeyakinan tinggi dalam mengurus atau mentadbir kehidupan bermulalah daripada individu, keluarga, masyarakat, Negara selaras dengan pandukan Al-Quran dan As-Sunnah,  supaya dapat memastikan risalah islam yang suci tersebar ke seluruh alam. Oleh itu, Jabatan Setiausaha Agung  BKKIMM adalah unit yang bertanggungjawab dalam mengendalikan kursus ini dengan kerjasama penasihat supaya kepimpinan BKKIMM akan menjadi terbaik dalam pengurusan pentadbiran.

17 Oktober 2012– Jabatan Setiausaha Agung  telah mengadakan Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) siri pertama di rumah Saudara Syarul Hafiz Bin Abd Hamid, 'Asyir. Kursus berlangsung jam 5.30 petang dan berakhir jam 10.00 malam dihadiri semua pimpinan BKKIMM. Slot pertama disampaikan oleh Ustaz Nur Ahmad wafiy Bin Noor Azri Bertajuk “Polisi Kepimpinan”. Slot kedua pula disampaikan oleh Ustaz Ahmad Taufiq Bin Mohd Dahlan dibawah tajuk “Fiqh Aulawiyat”. Kedua-dua tajuk ini merupakan perkara utama yang perlu diketahui oleh setiap pimpinan supaya merasai seorang yang bergelar pimpinan, perlu berasa amanah dan tanggungjawab dalam melakukan tugasan.
 
27 November 2012 – Jabatan Setiausaha Agung telah mengadakan Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) siri 2 di MarkazPerubatan, Hayyu Sabi`e. Kursus berlangsung jam 5.30 petang dan berakhir 11.30 malam dihadiri semua pimpinan BKKIMM. Slot pertama disampaikan oleh Ustazah Nurul Hasanah Binti Yahuza, Timbalan Pengerusi Hewi Pmram dibawah tajuk“ Pengurusan Diri sebagai Ahli Jawatan Kuasa atau Pimpinan”. Slot kedua Ustaz Norhalis Syafiq Bin Ahmad, Setiausaha Agung Pmram Pusat dibawah tajuk“ Pelan Strategik”. Objektif dalam kursus ini adalah memastikan bahawasanya pimpinan perlu bersistematik, bijak dalam menguruskan kehidupan seharian, bermulalah dengan masa belajar, berpersatuan serta bijak menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku.



16 Februari 2013 – Jabatan Setiausaha Agung telah mengadakan Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) siri 3 di Surau Wisma Seri Melaka. Program bermula jam 6.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam. KIK kali ini gabungan pimpinan danjuga ahli Melaka, seramai 23 Ikhwah dan 28 akhawat yang terlibat. Slot pertama disampaikan oleh Ustaz Jamal Najmuddin Bin Sulaiman, mantan Yang Dipertua Kelantan bertajuk “Sinkronisasi 3 Ukhuwwah”. Objektifnya supaya pimpinan dan juga ahli memahami erti kebersamaan dalam berpersatuan iaitu hubungan Pmram Pusat dengan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) cawangan dan juga Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN). Slot kedua" talk show" bertajuk “Komunikasi Adam dan Hawa” disampaikan oleh sepasang suami isteri iaitu saudara Muhammad Syafiq Bin Mat Moor,Penasihat Perubatan dan isterinya saudari Nur Madihah Binti Kamalul Sahar, merupakan mantan Timbalan Pengerusi Perubatan. Program gabungan ini bertujuan supaya pimpinan dan ahli Melaka memahami cara bagaimana berkomunikasi dalam bekerja supaya tidak ada berlaku perselisihan atau perkelahian sama ada di peringkat bawahan mahu punatasan.

Disediakan oleh:

Jabatan Setiausaha
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2012/2013

No comments:

Post a Comment