UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Tuesday, 11 June 2013

Selamat Pengantin Baru Kepada Ahmad Fahmi bin Rashid Redza dan Pasangan



Firman Allah swt :

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا
 وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"

(Surah Ar-Rum : 21)

Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir mengucapkan Selamat Pengantin Baru
kepada pasangan Ahmad Fahmi bin Rashid Redza dan Mahfuzah binti Mahamud
yang selamat diijabkabulkan pada 6 Jun 2013 di Wisma Seri Melaka, Hayyu Sabie', Kaherah, Mesir.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu
 dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.

Kasih terikat, cinta tersirat,
semoga berkekalan, ke akhir hayat...



Disediakan oleh :
Unit Penerangan & Penerbitan
BKKIMM 2012/2013


No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.