Monday 2 December 2013

Ucapan Yang Di-Pertua Sempena Peperiksaan.



Ucapan Yang Di-Pertua Sempena Peperiksaan.


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan dan 
salam buat junjungan mulia, ahli keluarga dan para sahabat serta semua yang mengikuti mereka.
Musim peperiksaan kian menghampiri dan menjengah kita. Sudah pasti semua mahasiswa dan mahasiswi di seluruh perlembahan Nil sedang gigih berusaha dan mengulangkaji setiap matapelajaran bagi bidang pengajian masing-masing. Keputusan yang cemerlang semestinya menjadi impian dan wawasan setiap kita. Lebih-lebih lagi peperiksaan telah menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran masakini. 
Namun, janganlah sampai sasaran kita mencemarkan niat yang suci dalam menuntut ilmu. Belajarlah dan ulangkaji sebagai memenuhi tuntutan ilmu. Bukan semata2 untuk mencapai kejayaan dalam pensijilan. Jadikan peperiksaan sebagai penilaian dan kayu ukur terhadap pencapaian kita di dalam pengajian. Orang yang belajar hanya demi memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan akan selalu merasa terbeban dan bakal kecewa dengan kegagalan yang mungkin menyinggahi. 
Akan tetapi, yang sentiasa belajar bagi memenuhi kewajipan dan tuntutan sebagai penuntut ilmu akan selalu puas dan bahagia dengan curahan ilmu yang merupakan makanan bagi akal insani. Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan semoga dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat.
Memaju prestasi membumi bakti.
BKKIMM pilihan kami.

Kalam Ucapan dari,
Ustaz Khairul Fadhli bin Husin,
Yang Di-Pertua,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir,
sesi 2012/2013.

No comments:

Post a Comment