Thursday 19 December 2013

MOTIVASI KECEMERLANGAN DAN PERSAMIAN KEMPEN "JOM SKOR GEMPAK"



Sabtu, 14 Desember 2013,Wisma Seri Melaka Hayyu Sabei’, Kaherah, Mesir. Dibawah Unit Pendidikan, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah menganjurkan satu program khas iaitu Motivasi Kecemerlangan dan Pelancaran Kempen Jom Skor Gempak sempena imtihan fasa 1 yang akan menjelang tidak lama lagi.

     Alhamdulillahbersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan RahmatNya, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dapat melaksanakan dengan jayanya program Motivasi Kecemerlangan dan kempen “Jom Skor Gempak” peringkat PMRAM Cawangan Melaka.

     Majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Zawawi Bin Zainal Khan dimulakan dengan dendangan qasidah yang dialunkan sendiri oleh anak-anak Melaka. Seterusnya Majlis diteruskan dengan Talk Show Motivasi Kecemerlangan yang dikendalikan oleh dua orang moderator hebat iaitu Saudara Zulkifli Bin Abdul Rahob dan Saudari Ain Hanisah Binti Abdul Hannan . Ahli panel jemputan merupakan dari kalangan anak Melaka sendiri iaitu panal pertama wakil dari pelajar pengajian perubatan Saudara Hamzah Bin Marwan merupakan Mahasiswa Perubatan tahun lima Universiti Al-Azhar Kaherah , dan panel kedua iaitu wakil pelajar Pengajian Islam iaitu saudari Nurulain binti Mohd Zaid , mahasiswi tahun empat Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar Kaherah.

  Antara persoalan menarik yang ditimbulkan oleh kedua-dua Moderator adalah bagaimana berhadapan dengan media elektronik dan teknologi serba canggih yang sering melalaikan? Bagaimana dikatakan sebenar-benar kejayaan di sisi Allah S.W.T? Benarkah study group dapat memberikan impak yang besar untuk cemerlang dalam pelajaran? Bagaimana untuk berhadapan dengn kegagalan yang berulang kali tatkala mengimpikan kejayaan?

       Segalanya terjawab dengan ringkas dan padat oleh kedua-dua ahli panel, diolah dengan pengalaman dikuatkan dengan Hadis dan ayat-ayat Al-quran , dikaitkan dengan contoh tauladan sepanjang zaman.Antara isi menarik ialah,pelajar cemerlang bukan sahaja belajar di kuliah, tetapi juga mengikuti pengajian di luar kuliah seperti bertalaqi dengan masyaikh, tidak meninggalkan tutorial yang di anjurkan oleh PMRAM.disamping belajar dari pengalaman . Tidak meninggalkan study group serta istiqamah mengikuti jadual yang telah di susun serta menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
     
       Majlis diteruskan lagi dengan pelancaran kempen Jom Skor Gempak yang telah dirasmikan oleh Badan Pengurus Angkat (BP) PMRAM Cawangan Melaka iaitu Al-Fadhil Ustaz Muhammad Muaz Bin Ramli, Timbalan Setiausaha Agung PMRAM diiringi Ustaz Ahmad Rabbani Bin Ismail selaku Pemangku Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir dengan bacaan Al-Fatihah dan menandatangani papan kempen “Jom Skor Gempak” yang menjadi gimik kempen tersebut . Akhir kalam, diharapkan dengan adanya usaha ataupun motivasi yang dijalankan ini dapat memberikan serta menaikkan lagi semangat kita untuk menjawab peperiksaan pada kali ini.

MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
MEMAJU PRESTASI MEMBUMI BAKTI
"BKKIMM PILIHAN KAMI"
letak ayat nak disembunyikan plak kat sini

No comments:

Post a Comment