
Tujuan sambutan ini diadakan tidak lain dan tidak bukan
hanya semata-mata untuk menambahkan kecintaan terhadap junjungan besar
nabi Muhammad S.A.W dan menghayati sirah baginda bagi dikalangan ahli
dan Ajkt BKKIMM.
Program pertama yang diadakan ialah pada 17 Januari 2014 bersamaan 16
Rabi'ul Awal 1435.
Majlis bermula dengan Solat Maghrib berjemaah dan
seterusnya bacaan ke atas Nabi Muhammad SAW dan bacaan Qasidah
dikalangan ahli dan Ajkt. Majlis diteruskan dengan tazkirah yang
disampai oleh naqib-naqib usrah bagi sesi 2013/2014. Antara pengisian
yang disampaikan ialah mengenai biodata nabi S.A.W, Sirah perjuangan
Rasullullah dan hukum menyambut Maulidur Rasul di sisi ulama.Selepas
itu,majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh BP Ustaz Ahmad
bin Jaafar
Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video yang disediakan pihak Unit
Dakwah BKKIMM.

Pada setiap hari Khamis dan Sabtu pula, program Bait Berselawat dan
tazkirah Ketua Rumah diadakan. Semua ahli Wisma Melaka akan berqasidah
di tingkat yg ditentukan oleh pihak UD dan selepas itu Ketua Rumah bagi
setiap tingkatan akan menyampaikan tazkirah ringkas.Program Sambutan
Maulidur Rasul ini telah melabuhkan tirainya pada 1 Februari 2014 yg
lepas.

No comments:
Post a Comment