UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Friday, 18 April 2014

BKKIMM Optimis Hubungan Kerjasama Antara Pegawai HEP Melaka

17 April 2014, Khamis : Perjumpaan saudara Ahmad Rabbani b Ismail selaku Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2013/2014 dan saudara Muhammad Zawawie b Zainal Khan Bendahari Agung BKKIMM (Ketua Unit Kebajikan)  sesi 2013/2014 bersama Encik Anwar b Idris Pegawai Kebajikan dan Hal Ehwal Pelajar Negeri Melaka telah disambut dengan baik oleh pihak beliau di Wisma Seri Melaka, Hayyu Sabi'.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan hal kebajikan anak Melaka di Mesir. Antara isi perbincangan antara wakil BKKIMM dengan pegawai ialah mengenai pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) bagi sesi 2014 dan permasalahan mahasiswa yang menghadapi masalah kewangan terutamanya pelajar-pelajar Markas Bahasa Arab Al-Azhar bagi sesi 2013.

Di dalam pertemuan ini, Encik Anwar telah memberi respon terhadap persoalan dan perbincangan yang diutarakan oleh wakil BKKIMM iaitu saudara Ahmad Rabbani b Ismail dan saudara Muhammad Zawawie b Zainal Khan. Mengenai persoalan pinjaman dan zakat TAPEM dihentikan pada sesi ini disebabkan permasalahan keadaan Mesir yang tidak stabil, selaku wakil TAPEM, encik Anwar menyatakan tiada laporan mengenai pinjaman TAPEM dihentikan disebabkan keadaan Mesir tidak stabil, akan tetapi bermungkinan ia disebabkan permohonan tersebut telah melebihi had peminjam bagi sesi tersebut. Cadangan diperingkat beliau ialah supaya individu yang ingin memohon pinjaman TAPEM tersebut membuat permohonan sekali lagi bagi sesi ini.

Wakil BKKIMM turut memohon respon berkenaan mahasiswa/wi yang tidak berkemampuan untuk membayar yuran pendidikan Markas Bahasa Arab disebabkan faktor kemampuan keluarga dan sara hidup Mesir yang agak membebankan. Pihak pegawai menyatakan sebelum ini beliau pernah memberi sumbangan kepada mahasiswi Markas Bahasa Arab dan sumbangan tersebut hanya diperoleh sekali sahaja. Bagi mahasiswa Markas Bahsa Arab yang sangat memerlukan bantuan tersebut boleh berjumpa terus dengan pegawai dan mengisi borang yang disediakan.

Pihak BKKIMM turut membincangkan beberapa perkara-perkara berbangkit diperingkat pegawai seperti soal keselamatan yang perlu diutamakan. Antara masalah keselamatan tersebut ialah masalah yang berlaku diperingkat mahasiswi yang keluar malam tanpa bantuan daripada peringkat mahasiswa untuk menemani mereka apabila keluar rumah atas urusan tertentu yang mana ia sinonimnya dipanggil sistem mushrif. En Anwar memaklumkan bahawa pihak beliau dan kedutaan Malaysia terdapat banyak kes-kes yang melibat mahasiswi terutamanya seperti kes pencabulan, kecurian dan sebagainya yang berlaku di sekitar Mesir.

   Melalui pertemuan ini, Encik Anwar b Idris sempat menyatakan harapannya kepada mahasiswa/wi Melaka di Mesir agar bersungguh-sungguh dalam beroleh kejayaan di dalam peperiksaan bersempena dengan imtihan yang bakal bermula pada awal bulan Mei ini. Pihak BKKIMM sebagai wakil kepada anak-anak Melaka turut memohon untuk mendoakan kejayaan dan kecermelangan semua mahasiswa/wi yang berada perantauan Mesir.

   Akhirnya, pihak BKKIMM mengharapkan agar pertemuan seumpama ini mampu menjalin eratkan hubungan kerjasama yang baik antara BKKIMM dengan pihak pegawai selaku wakil suara anak-anak Melaka di perantauan Mesir dengan Kerajaan Negeri Melaka agar kebajikan dan permasalahan yang melanda anak Melaka di perlembahan Nil ini dapat diselesaikan melalui pihak yang berkuasa.



"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"MELESTARI KESATUAN MERENTASI PERJUANGAN"




No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.