UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Tuesday, 22 April 2014

BKKIMM Terus Cakna Kebajikan Anak Melaka

KAHERAH, 20 APRIL 2014: Buat julung kalinya,  Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di bawah Unit Kebajikan telah menganjurkan ‘Majlis Penyerahan Sumbangan’ yang bertempat di Surau Wisma Seri Melaka. 

Majlis Penyerahan Sumbangan yang dianjurkan ini bertujuan membantu meringankan bebanan anak-anak Melaka yang mempunyai masalah kewangan.  

Bermula jam 8.00 malam, Surau Wisma Seri Melaka mula dipenuhi oleh anak Melaka bagi memeriahkan majlis. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Badan Pengurus Angkat PMRAM Cawangan Melaka saudara Mohamad Adil b Mohamad Fadzil dan saudara Mohd Faishal b Razlan. Turut bersama di dalam majlis ini ialah saudara Muhammad Salihin b Abdullah selaku Naib Presiden III (Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2014. Tidak ketinggalan dengan kehadiran HEWI Angkat PMRAM Cawangan Melaka saudari Wan Nur Amirah Bte Wan Yusuf dan saudari Norhamiza Bte Majid.

Majlis telah dipengerusikan oleh saudara Mohd Hafiz B Jasman dan dimulai dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua BKKIMM sesi 2013/2014 saudara Ahmad Rabbani B Ismail  dan ucapan perasmian yang disampaikan oleh saudara Muhammad Salihin B Abdullah seterusnya merasmikan ‘Majlis Penyerahan Sumbangan’ ini.

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan kepada mhahasiswa/wi yang mempunyai masalah kewangan dan tidak mendapat mana-mana bantuan kewangan mahupun pinjaman TAPEM. Seramai 18 orang mahasiswa dan 11 orang mahasiswi menerima sumbangan ini daripada BKKIMM. Sumbangan ini disampaikan oleh BP PMRAM  kepada mahasiswa manakala bagi mahasiswi disampaikan oleh HEWI Angkat PMRAM cawangan Melaka.

Melalui penganjuran program seperti ini menunjukkan bahawa BKKIMM selaku wadah kesatuan anak Melaka di Mesir mengambil berat tentang kebajikan serta permasalahan anak Melaka di Mesir.” Ujar saudara Mohd Zawawy b Zainal Khan, ‘Pengarah Majlis Penyerahan Sumbangan’, selaku Ketua Unit Kebajikan BKKIMM sesi 2013/2014.


‘MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN’
‘MELESTARI KESATUAN MERENTASI PERJUANGAN’
‘BKKIMM PILIHAN KAMI’



No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.