Friday 9 May 2014

Isu: PENGISLAHAN WISMA SERI MELAKA




                  
                Pertemuan ini adalah kesinambungan perjumpaan Pegawai bersama penghuni Wisma Seri Melaka yang diadakan pada Isnin lepas yang memaklumkan tentang membaik pulih bangunan WSM.Pihak BKKIMM selaku suara mahasiswa Melaka di Mesir mengambil inisiatif dalam perjumpaan bersama pihak pentadbiran WSM untuk mengetahui perkara yang lebih terperinci  tentang membaikpulih bangunan tersebut atau lebih sinonimnya pengislahan bangunan.

                 Encik Muhd Anwar bin Idris  memberi makluman bahawasanya pengislahan akan dijalankan bermula Jun 2014 dan mengambil masa selama setahun.Beliau meminta kerjasama dari pihak persatuan dalam proses  pengislahan ini kerana ia melibatkan perpindahan oleh semua pelajar sementara menunggu bangunan selesai dibaiki.Kami BKKIMM bertanyakan kenapa terlalu awal untuk mengadakan pengislahan dan beliau memaklumkan kedatangan wakil Jabatan Kerja Raya sebelum ini melihat keadaan kondinasi penstrukturan bangunan yang tidak strategik dan perlu di islah supaya kos penyelenggaraan yang ditanggung oleh kerajaan negeri tidak terlalu tinggi pada masa akan datang.Selain itu, pihak pentadbiran WSM telah mengadakan perjanjian bersama Syarikat Kontraktor dan mereka akan menjalankan operasi pengislahan secepat mungkin. 

                Kami BKKIMM mengutarakan kebimbangan dan keresahan di kalangan ahli dalam proses tersebut. Hal ini kerana pada waktu sekarang merupakan musim peperiksaan dan beliau memberikan tempoh sehingga bulan Ogos 2014.Selain itu, proses ini melibatkan kos belanjawan sewaan rumah yang terlalu tinggi, dan keselamatan yang tidak terjamin jika kita melihat dari konteks kestabilan situasi dan keadaan negara Mesir seperti banyaknya berlaku kes-kes ragut, kecurian, rompakan dan lain-lain.

                 Tambahan pula, BKKIMM mencadangkan supaya tempat penginapan sementara diadakan sepertimana yang dilakukan negeri-negeri lain.Tetapi maklum balas daripada pihak pentadbiran Wisma Seri Melaka menyatakan bahawa ianya bergantung kepada budi bicara, dan para penghuni yang berdaftar akan diberikan pampasan setelah mendapat keizinan dari kerajaan Negeri Melaka.

                 Sebagai persatuan yang menaungi mahasiswa Melaka di Mesir, kami BKKIMM menyeru semua mahasiswa tidak mengambil sebarang langkah atau keputusan awal tanpa merujuk terlebih dahulu. BKKIMM berharap agar mahasiswa dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan supaya kecemerlangan dapat dicapai.

“MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN”
“MELESTARI KESATUAN MERENTASI PERJUANGAN”
“BKKIMM PILIHAN KAMI”






4 comments:

  1. Apa maksud "semua mahasiswa tidak mengambil sebarang langkah atau keputusan awal tanpa merujuk terlebih dahulu"? Kurang jelas di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ahmad Rabbani Bin ismail19 May 2014 at 10:55

      Salam... maaf atas keterlewatan balas mesej, sebarang pertanyaan dan persoalan boleh merujuk terus kepada YDP BKKIMM saudara Ahmad Rabbani Bin Ismail ditalian +201114479970.

      Delete
  2. Jom cari rumah

    ReplyDelete