Tuesday 29 December 2015

MENELUSURI IBRAH MAQAM BAHNASAH

Sabtu 12 Disember 2015 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di bawah pengurusan Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah (UPSR) telah mengadakan sebuah program pertama bagi sesi 2015/2016 iaitu Jaulah Maqam ke Bahnasah. Program ini telah dijalankan dengan tujuan agar dapat mengisi masa lapang yang terluang dan memberikan ahli BKKIMM peluang bagi lebih mengenali para sahabat dan para aulia’ Allah serta mengambil ibrah daripada sirah kehidupan malah ia juga sebagai pemangkin semangat dalam menghadapi fasa imtihan yang akan datang.

   Jaulah telah dimulakan di peringkat mahasiswa Melaka iaitu pada 12 Disember 2015  hari sabtu jam 1.30 pagi. Para peserta seramai 47 orang berserta 2 orang musyrif dari Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK). Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa sebagai persediaan memohon keberkatan dan keselamatan sebelum bertolak ke Bahnasah. Setelah hampir tiga jam perjalanan, para peserta  tiba di masjid Sidi Ali Al-Jumam dengan selamat. Mereka diberikan masa  untuk persiapan diri, solat dan sarapan pagi seterusnya dihidangkan pula santapan rohani oleh musyrif yang dilantik. Selepas tazkirah subuh, para peserta diiringi musyrif menziarahi maqam-maqam yang berdekatan di sekitar Masjid Sidi Ali Al-Jumam.

Selesai sahaja menziarahi maqam-maqam yang terdapat di Bahnasa, Semua peserta, badan pelaksana dan Musyrif dibawa melawati kawasan Fayoum .Di sana, para peserta berpeluang melawati Tasik Qorun iaitu kawasan tenggelamnya harta qorun yang tamakkan harta pada zaman nabi Allah Musa ‘alaihissalam. Seusai solat dan makan tengah hari para peserta bertolak untuk pulang dan selamat tiba pada jam 4.30 petang. Pada 19 Disember 2015 bersamaan hari sabtu minggu seterusnya, jaulah maqam diteruskan untuk bahagian mahasiswi. Penyertaan seramai 42 orang peserta berserta enam orang musyrif untuk memantau keselamatan para peserta. Manakala pengisian dan tempat adalah sama dengan jaulah mahasiswa.



Harapan dari kami, semoga jaulah yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat serta faedah yang dapat memberi pengalaman dan pengajaran dalam kehidupan seharian. Jaulah ini juga diharapkan dapat mencapai objektif yang ditetapkan iaitu mengeratkan ukhuwah dalam kalangan anak-anak Melaka serta meluaskan lagi pemandangan dan pengetahuan selaku mahasiswa/wi Al-Azhar Mesir. Terima kasih diucapkan kepada barisan pelaksana program yang bertungkus-lumus menjayakan jaulah dan kepada individu yang turut membantu dalam melaksanakannya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

“Mahasiswa Berhikmah, Bakti Dicurah”
“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”


‘BKKIMM Tetap di Hati’


Disediakan oleh :
Setiausaha Kerja,
Unit Perhubungan,Sambutan dan Rehlah (UPSR)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir,
BKKIMM sesi 2015/2016 

No comments:

Post a Comment