Saturday 2 January 2016

28 DISEMBER PEMANGKIN PENYATUAN ANAK MELAKA


28 Disember 2015, Surau Rumah Melaka Sementara, Kaherah - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2015/2016  telah mengadakan program Solat Hajat Perdana Sempena Imtihan Dan Peristiwa Penarikan Pengiktirafan BKKIMM. Program yang saban tahun diadakan ini bertujuan untuk memperingati peristiwa penarikan pengiktirafan BKKIMM pada tanggal 28 Disember 2010 yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Melaka ketika itu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh seluruh pimpinan dan sebilangan besar ahli BKKIMM sebagai menyatakan sokongan kepada BKKIMM.

            Majlis dimulakan dengan solat magrib berjemaah serta solat hajat sempena imtihan yang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Khairi Bin Azizi dan diiringi dengan bacaan doa agar seluruh mahasiswa Melaka dipermudah oleh Allah S.W.T dalam menghadapi peperiksaan yang akan dihadapi tidak lama lagi.


           Seterusnya, majlis diambil alih oleh pengerusi majlis Ustaz Jundullah Bin Said selaku Unit Dakwah BKKIMM sesi 2015/2016. Acara kemuncak diserikan dengan ceramah khas bertajuk "Prahara Hikmah Yang Tersembunyi ", yang disampaikan oleh Penasihat BKKIMM sesi 2015/2016 Ustaz Ahmad Rabbani Bin Ismail. Antara pengajaran yang boleh diambil ialah berkaitan hikmah sesuatu ibtila' diturunkan adalah untuk meningkatkan iman seseorang itu dan mengkoreksi serta memperbaiki segala kekurangan yang ada. Antara lain, sebagai seorang Mahasiswa haruslah berjaga-jaga dengan agenda musuh-musuh Islam yang berusaha untuk menghancurkan Islam dengan melibatkan diri dalam gerak kerja dakwah Islam.


            Sebelum berakhir, Unit Penerangan dan Penerbitan BKKIMM telah menayangkan sebuah video selingan mengenai pencabulan hak mahasiswa serta kepentingan mempertahankannya. Majlis diakhiri dengan jamuan yang disediakan oleh pihak penganjur Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sendiri.


Kami BKKIMM mengucapkan setinggi penghargaan kepada seluruh ahli Melaka di Mesir serta Ahli Jawatankusa pelaksana yang bertungkus lumus  dalam menjayakan program ini.


            Akhirnya, semoga semangat dalam jiwa seorang pemuda digerakkan sebaiknya,. Terutama sekali dalam memastikan hak mahasiswa Melaka Mesir terus terjaga dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti dakwah Islam yang dijalankan oleh BKKIMM selari dengan seruan Al-Azhar iaitu berilmu dan beramal. Semoga Allah S.W.T menyatukan hati-hati kita dalam satu barisan dan mempertahankan bahtera BKKIMM ini terus bergerak tidak berhenti dalam menaburkan kebajikan kepada seluruh mahasiswa Melaka serta dikurniakan kejayaan dalam peperiksaan.


"Kalau Roboh Kota Melaka,
Papan Di Jawa Kami Dirikan.
Kalau sungguh Islam bertakhta,
BKKIMM kami pertahankan"

" Mahasiswa Berhikmah Bakti Dicurah "

‘BKKIMM Tetap Di Hati’

Disediakan oleh:
Timbalan Yang Dipertua,
(Ketua Unit Perancang dan Panitia)
Muhammad Khidhir Bin Abd Hamid

No comments:

Post a Comment