Friday 22 January 2016

KENYATAAN RASMI YDP BKKIMM TERHADAP ISU BKPJM





(وَمَا تَنْقِمُ مِنَّا إِلَّا أَنْ آمَنَّا بِآيَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَاءَتْنَا ۚ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ)
"Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".
                                                                                                               (Surah Al-A'raf :12)

   Melihat kepada isu Pejabat Rasmi Badan Kebajikan Keluarga Pelajar-Pelajar Johor Mesir (BKPJM) yang telah dipecah masuk serta dipunggah keluar aset-aset pejabat BKPJM, pihak Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir menyatakan rasa kesal dan menyifatkan tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan  adalah tidak wajar serta mencabuli hak mahasiswa.

   BKKIMM bersimpati di atas perkara yang menimpa BKPJM dan menganggap bahawa ia merupakan isu integriti mahasiswa yang dicabuli dan menjadi sebuah  kemestian untuk dipertahankan oleh semua mahasiswa/wi Malaysia di Mesir. BKKIMM juga menuntut kepada pihak terbabit untuk memohon maaf di atas kezaliman yang dilakukan dan mengemukakan sebab-sebab kukuh di atas tindakan tersebut.

   Berhubung kenyataan terbaru Bendahari BKPJM iaitu saudara Muhammad Shaker Naim, pihak berkenaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar segala ganti rugi di atas setiap kerosakan yang membabitkan aset BKPJM.

   Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua mahasiswa/wi Mesir di Perlembahan Nil dan ahli BKKIMM khususnya untuk menyatakan solidariti bersama BKPJM dalam mempertahankan hak mereka yang ditindas. BKKIMM juga  mengharapkan seluruh mahasiwa/wi Malaysia Mesir terus bermunajat serta berdoa supaya Allah menunjukkan kebenaran dan menyelesaikan kemelut yang berlaku.

"Mahasiswa Berhikmah, Bakti Dicurah"
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
#BKKIMMTetapDiHati
#BersamaBersatu

Ahmad Razin bin Mohd Fauzi
Yang Di-Pertua,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
Sesi 2015/2016

No comments:

Post a Comment