UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Monday, 25 January 2016

PERKEMBANGAN PERPINDAHAN KE WISMA SERI MELAKA HASIL PERTEMUAN DENGAN WAKIL KERAJAAN NEGERI


23 Januari 2016 : Satu perjumpaan telah diadakan diantara wakil Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di Malaysia, saudara Muhammad Hatin Bin Mohd Yusof bersama Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Encik Mohd Yusof Bin Abu Bakar pada 7 Januari yang lepas.

Perjumpaan tersebut bertujuan untuk memaklumkan sesi pertukaran kepimpinan BKKIMM yang baru bagi sesi 2015/2016 selepas berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-28 pada 11 November 2015 yang lepas. Pemakluman ini saban tahun dilaksanakan bagi memastikan hubungan dua hala antara BKKIMM dengan kerajaan negeri yang menaungi kesatuan anak Melaka di Mesir ini terus dipererat dan memudahkan urusan perbincangan yang berkaitan dengan segala aspek kebajikan pelajar Melaka yang berada di sini.

Semasa pertemuan ini, saudara Muhammad Hatin telah menyerahkan dua buah proposal cadangan kepada pihak MAIM. Proposal yang pertama adalah cadangan penambahan kapasiti penghuni Wisma Seri Melaka (WSM) yang telah disediakan oleh wakil setiap batch anak-anak Melaka Mesir, dan yang kedua adalah proposal cadangan penambahan ruangan dapur menggantikan kafetaria di WSM. Antara tujuan penyerahan proposal tersebut adalah bagi menjelaskan keadaan sebenar dan jalan penyelesaian permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa/wi Melaka di Mesir akibat kos sara hidup yang semakin meningkat dan kesan daripada kejatuhan mata wang Ringgit Malaysia.  

Kertas kerja ini diterima oleh Encik Mohd Yusof Bin Abu Bakar sebagai cadangan kepada kerajaan negeri dan akan dibawa ke meja perbincangan. Di samping itu, beliau juga memaklumkan akan kehadiran delegasi kerajaan Negeri Melaka bagi merasmikan bangunan WSM yang telah siap diperbaiki dalam masa yang terdekat. Maklumat lanjut berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Perjumpaan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar diantara wakil BKKIMM bersama Setiausaha MAIM yang merupakan wakil kerajaan negeri Melaka dan disertai penyerahan carta organisasi BKKIMM sesi 2015/2016.

Untuk akhirnya, peringkat Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir berharap pertemuan seperti ini dapat diteruskan dan membantu dalam mencari solusi terbaik bagi  memastikan kebajikan dan pendidikan anak-anak Melaka Mesir terus terjaga. Semoga usaha ini dinilai dan dihisab oleh Allah SWT sebagai amal soleh serta diberi ganjaran sewajarnya.

“ Mahasiswa Berhikmah, Bakti Dicurah “
“ BKKIMM Tetap Di Hati ”

Disediakan Oleh :                
Abdul Wafi Bin Abdul Aziz
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir Sesi 2015/2016

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.