UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Thursday, 4 February 2016

PEMAKLUMAN : PENGUMUMAN PENYAMBUNGAN TARIKH FAMILY BREAK MANHAJI


    Sesi pengajian Fasa kedua bagi 2015/2016 akan bermula tidak lama lagi setelah fatrah cuti peperiksaan yang lalu. Semua Mahasiswa/wi telah berusaha bagi memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.



    Oleh yang demikian, sistem pentarbiahan juga merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKKIMM terhadap ahlinya sejajar dengan penekanan yang dibawa pada sesi kali ini iaitu “Pemantapan Fikrah Melalui Thaqafah”.


    Sehubungan dengan itu, Jabatan Fasilitator dibawah Unit Dakwah BKKIMM sesi 2015/2016 mengumumkan penyambungan tarikh Family Break Manhaji adalah pada 12 Febuari 2016 setelah hampir dua bulan perlaksanaan Family Break Amali. Justeru itu, pihak BKKIMM mengharapkan seluruh Mahasiswa/wi dapat memanfaatkan setiap peluang yang ada dan memberikan komitmen sepenuhnya ketika Family Break Manhaji berlangsung.


    Peringkat BKKIMM juga mendoakan semua Mahasiswa/wi agar mempunyai kekuatan rohani serta syakhsiah yang bakal membentuk ciri-ciri muslim sejati.

“Mahasiswa Berhikmah, Bakti Dicurah”
“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
#BKKIMMTetapDiHati
#BersamaBersatu

Disediakan oleh :
Jundullah bin Said
Ketua Unit Dakwah 
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2015/2016

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.