Monday 15 February 2016

MAKLUMAN KETIADAAN PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN MELAKA


MAKLUMAN KETIADAAN PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN MELAKA



Sejak beberapa minggu yang lalu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menerima banyak pertanyaan daripada anak-anak Melaka di Mesir mengenai status urusan di Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka.

Hal ini kerana para mahasiswa/wi Melaka yang ingin berurusan dengan pihak pegawai memaklumkan bahawa kebanyakan urusan dibuat dengan Pembantu Pegawai iaitu Ustaz Ibrahim bin Hussin.

Berikutan hal tersebut, wakil BKKIMM di Malaysia iaitu saudara Muhammad Hatin bin Mohd Yusof ada bertanyakan mengenai perkara ini kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), En. Yusof bin Abu Bakar semasa pertemuan sebelum ini. Setiausaha MAIM telah mengesahkan bahawa pegawai Melaka sedang bercuti. BKKIMM melalui Yang Dipertuanya, saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi juga telah mengambil inisiatif untuk menghubungi sendiri pihak pegawai berhubung perkara ini. Respon yang diterima daripada pegawai memaklumkan yang beliau sedang bercuti dan sebarang urusan boleh dibuat melalui pembantu pegawai.

Sehubungan itu, sebarang permasalahan boleh merujuk kepada Pembantu Pegawai, Ustaz Ibrahim bin Hussin atau Yang Dipertua BKKIMM, saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi.

Sekian.

"Mahasiswa Berhikmah, Bakti Dicurah"
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
#BKKIMMTetapDiHati
#BersamaBersatu

Disediakan Oleh :
Ahmad Razin bin Mohd Fauzi
Yang Dipertua
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2015/2016

No comments:

Post a Comment