Wednesday 11 May 2016

KENYATAAN BERSAMA WAKIL SETIAP BATCH ANAK-ANAK MELAKA DI MESIR



Perjumpaan wakil setiap Batch anak-anak Melaka di Mesir pada hari Isnin bertarikh 09 Mei 2016 di Sutuh Rumah Melaka Sementara, Kaherah adalah bertujuan membincangkan permasalahan yang dihadapi anak-anak Melaka di Mesir dan mencari solusi terbaik bagi memastikan kebajikan anak Melaka di sini terus terjaga.

Perjumpaan telah mencapai kata sepakat seperti yang berikut :

1- Merujuk kepada ucapan Ustaz Muhammad Anwar bin Idris, Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka semasa pertemuan dengan anak Melaka pada 6 Mei 2016 berkaitan kedatangan Delegasi Ketua Menteri Melaka ke Mesir bagi merasmikan bangunan Wisma Seri Melaka yang telah siap dibaikpulih semasa tempoh peperiksaan fasa dua Mahasiswa/wi pengajian Islam dan sains kesihatan.

2- Kami barisan wakil setiap Batch berbesar hati mendengar berita kedatangan Ketua Menteri Melaka ke Perlembahan Nil namun menyatakan ketidaksetujuan kedatangan Ketua Menteri melaka kerana ketika ini, anak Melaka sedang sibuk menghadapi fatrah imtihan.

3- Kami barisan wakil setiap Batch kesal dan membantah tindakan pihak pengurusan terutama pihak berwajib yang terlibat dalam menguruskan kedatangan Delegasi Ketua Menteri ke Mesir  dalam pemilihan tarikh yang kurang sesuai ketika Mahasiswa/wi sedang menumpukan fokus dalam peperiksaan.

4- Proses perpindahan ke Wisma Seri Melaka juga yang berlaku semasa tempoh peperiksaan anak melaka serba sebanyak akan mengganggu persediaan anak Melaka ketika imtihan.

5- Justeru, kami barisan wakil setiap batch yang mewakili seluruh anak Melaka mendesak pihak berwajib untuk menukar tarikh kedatangan Delegasi Ketua Menteri Melaka ke tarikh lain yang lebih sesuai bagi memastikan semua anak Melaka dapat memberikan sepenuh tumpuan untuk menghadapi peperiksaan seterusnya dapat meningkat kecemerlangan akademik yang merupakan hasrat dan aspirasi kerajaan negeri.

6- Kami mengharapkan agar pihak berwajib mempertimbangkan perkara ini dengan sebaiknya agar aspek kebajikan dan pendidikan anak Melaka disini terus dijaga dengan sebaiknya.
Terima Kasih.

#BersamaBersatu

"BERILMU DAN BERAMAL"
"MAHASISWA BERHIKMAH, BAKTI  DICURAH"
"BKKIMM TETAP DI HATI"

No comments:

Post a Comment