Sunday 17 July 2016

PEMAKLUMAN KETIADAAN PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN MELAKA

PEMAKLUMAN KETIADAAN PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN MELAKA

   Sejak beberapa minggu yang lalu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menerima banyak pertanyaan daripada anak-anak negeri Melaka di Mesir mengenai status Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar Melaka di Wisma Seri Melaka (WSM), Kaherah.

   Hal ini kerana para mahasiswa/wi Melaka yang ingin berurusan dengan pihak pegawai telah mendapati bahawa Pejabat Pentadbiran di WSM tidak dibuka sejak dua minggu yang lalu bermula pada awal bulan Julai yang lepas.

   Berikutan hal tersebut, BKKIMM melalui Yang Di-Pertuanya, saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi telah mengambil inisiatif untuk menghubungi terus pegawai Atase Pendidikan Melaka Ustaz Mohd Anwar bin Idris. Respon yang diterima mengesahkan beliau dan pembantunya Ustaz Ibrahim bin Hussin berada di Malaysia dan sedang bercuti. Tarikh kepulangan beliau ke Mesir pula tidak dimaklumkan.

 
Sehubungan itu, sebarang permasalahan boleh merujuk kepada Yang Dipertua BKKIMM, saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi ataupun Timbalan Ketua HEWI saudari Ain Hanisah binti Abdul Hannan.

Sekian.

"MAHASISWA BERHIKMAH, BAKTI DICURAH"
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
“BKKIMM TETAP DIHATI”

Disediakan Oleh :
Setiausaha Agung
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir

No comments:

Post a Comment