Saturday 20 August 2016

INFAQ DAN ZAKAT : MERINGANKAN BEBAN ANAK MELAKA DI MESIR

Kaherah, 20 Ogos 2015 : Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) di bawah Jabatan Bendahari Agung (Unit Kebajikan) pada bulan ramadhan yang lalu telah mengambil satu inisiatif membuat Pamflet memohon sumbangan dan zakat di Malaysia bagi membantu mahasiswa/wi Melaka di Mesir yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan.


Selama hampir tujuh tahun, BKKIMM hanya bergerak dengan kekuatan anak-anak Melaka di Mesir sahaja tanpa mendapat dana yang tetap daripada mana-mana pihak. Namun begitu, atas dasar amanah dan tanggungjawab selaku persatuan mahasiswa yang menaungi anak-anak Melaka di Perlembahan Nil ini, BKKIMM  begitu optimis dalam memastikan kebajikan seperti kewangan, pendidikan, keselamatan juga kemahiran anak-anak Melaka terus terjaga dan terpelihara.

Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah ; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”          [At-Taubah : 60]

Tujuan utama Pamflet sumbangan dan zakat ini dilaksanakan adalah bagi memohon bantuan kewangan di Malaysia. Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada anak-anak Melaka di Mesir samada jurusan Pengajian Islam mahupun Sains Kesihatan yang tidak berkemampuan dan tidak mendapat tajaan/pinjaman daripada mana-mana pihak. Langkah yang diambil oleh BKKIMM membuktikan BKKIMM lebih terkehadapan dalam menangani permasalahan anak-anak Melaka di bumi Mesir.


Selain itu, kita BKKIMM membuka peluang dan mengalu-alukan kepada mana-mana individu/kumpulan/pertubuhan yang berhajat untuk menyalurkan sebarang pemberian sumbangan dan pembayaran zakat kepada asnaf fisabilillah mahasiswa/wi Melaka Mesir.

Sebaran Pamflet ini telah diedarkan oleh beberapa orang wakil yang dilantik dikalangan anak Melaka yang pulang bercuti di Malaysia. Kita BKKIMM menyasarkan 60 buah masjid yang dikenalpasti sekitar negeri Melaka bagi serahan Pamflet ini. Sehingga kini, respon yang diberikan wakil kita di Malaysia amat menggalakkan dan memberangsangkan.

Sebarang bentuk sumbangan dan keterangan lanjut berkaitan perkara ini,sila hubungi:

1)Ahmad Razin bin Mohd Fauzi (YDP BKKIMM) +201113168551
2)Amirul Fahdzil bin Zahar (Bendahari Agung BKKIMM) +201121998934

     Akhir kalam, besar harapan diperingkat BKKIMM agar usaha murni ini mendapat sokongan dan bantuan daripada semua pihak bagi memastikan kebajikan mahasiswa/wi Melaka di Mesir terus terjaga dan mendapat hak yang selayaknya. Sumbangan yang diberikan akan digunakan sebaiknya bagi memastikan setiap kebajikan anak Melaka dan program yang dianjurkan berjalan dengan lancar. Semoga setiap nilai yang disumbangkan mendapat ganjaran di sisi Allah.

"MAHASISWA BERHIKMAH, BAKTI DICURAH"
"BERILMU DAN BERAMAL"
"BKKIMM TETAP DI HATI"

Disediakan Oleh :
Ahmad Razin bin Mohd Fauzi
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2015/2016






No comments:

Post a Comment