Tuesday 25 April 2017

BKKIMM TERUS KEHADAPAN DALAM MENYELESAIKAN ISU KEBAJIKAN ANAK MELAKA MESIR

Kaherah, 16 April 2017 : Isu Kebajikan anak Melaka di Mesir merupakan satu isu yang dilihat besar khususnya di peringkat pimpinan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dan umumnya bagi seluruh anak Melaka di sini. Ini kerana, rentetan dari pembekuan zakat dan pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM) bagi anak-anak Melaka yang menuntut di bumi Mesir. Oleh itu, peringkat pimpinan BKKIMM telah berusaha bagi menyelesaikan isu ini dengan mengadakan Majlis Penyerahan  Sumbangan dan "Gimik Pelancaran Tabung Khas Anak Melaka Mesir" semasa program Ijtimak Kabir yang lepas di Dewan Jawa Barat, Hayyu Asyir.

    Tabung Khas Anak Melaka Mesir merupakan satu komiti khas yang ditubuhkan di bawah kelolaan Jabatan Yang Dipertua BKKIMM sesi 2016/2017 sebagai salah satu inisiatif yang besar di peringkat pimpinan iaitu rentetan usul yang disepakati bersama antara pimpinan BKKIMM sesi 2015/2016 dan anak Melaka semasa Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-29 yang lalu.

    Majlis pada malam tersebut dimulai dengan sejurus selepas program Ijtimak Kabir dan membuka tirainya dengan ucapan oleh Ketua Komiti Tabung Khas Anak Melaka Mesir iaitu saudara Mohd Aidil bin Md Hasim serta diteruskan lagi dengan kalam Yang Dipertua BKKIMM saudara Muhammad Anuar bin Abdullah. Kemudian, Tabung Khas Anak Melaka Mesir telah dilancarkan oleh Yang Dipertua BKKIMM dengan pelancaran gimik yang disediakan oleh peringkat komiti tersebut. Akhir pelancaran tersebut telah ditampilkan barisan komiti kehadapan untuk sesi ta'aruf.

     Setelah itu, Majlis Penyerahan Zakat pula diadakan. Penerima zakat tersebut adalah seramai 30 orang. Terdiri daripada 17 orang Mahasiswa dan 13 orang Mahasiswi dari batch 2015/2016. Zakat tersebut merupakan hasil usaha dan gerak kerja di bawah Jabatan Bendahari Agung (Unit Kebajikan) sesi 2015/2016 yang lepas sebagai inisiatif BKKIMM dalam menyelesaikan isu kebajikan anak Melaka di Mesir melalui proposal kebajikan yang dikeluarkan bagi membantu Mahasiswa/wi baru yang hadir pada sesi tersebut. Ini kerana, mereka tidak memperolehi sebarang tajaan dari mana-mana pihak mahupun pinjaman daripada Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM). Tujuan yang paling utama sudah pasti untuk membantu meringankan kos pembelajaran Mahasiswa/wi Melaka di Mesir.

    Penyerahan zakat tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua BKKIMM sesi 2016/2017, saudara Muhammad Anuar bin Abdullah dan diiringi oleh Pengarah Komiti Tabung Khas Anak Melaka Mesir, saudara Mohd Aidil bin Md Hassim. Manakala,  penyerahan dibahagian akhawat pula disampaikan oleh Timbalan Ketua HEWI BKKIMM sesi 2016/2017, saudari Wafa Alia bte Mohd Zaid diiringi Timbalan Pengarah Komiti Tabung Khas Anak Melaka Mesir, saudari Nur Shuhada binti Hazhari.

   Akhir sekali, barisan pimpinan BKKIMM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu samada secara langsung mahupun tidak, khususnya buat para penyumbang zakat bagi proposal kebajikan dan semua pemberi sumbangan Tabung Khas Anak Melaka Mesir. BKKIMM akan sentiasa komited dalam menjaga kebajikan ahli dan terus berbakti kepada seluruh anak Melaka yang berada di Mesir.

"BERILMU DAN BERAMAL"
"SAHSIAH DIUNGGULI, KEBERSAMAAN DILESTARI"
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

#BKKIMM_Kesatuan_Kami
#BersamaBersatu

Disediakan Oleh :
Jabatan Bendahari Agung (Unit Kebajikan)

No comments:

Post a Comment