Thursday 4 May 2017

GENERASI RABBANI, MERINTIS KESATUAN MAHASISWA

    Mesir, 15 April 2017- Sebuah komiti Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru 2017 (USMB '17) di bawah anjuran Badan Kabajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) bagi menyambut ketibaan Mahasiswa/wi baru anak-anak Melaka seramai tiga puluh empat orang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan di Cairo International Airport bagi menyambung pelajaran mereka di Ardhul Kinanah, Mesir.
    Antara yang turut memeriahkan sambutan kedatangan mereka ialah Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah, dan wakil barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) sesi 2016/2017 BKKIMM serta beberapa barisan komiti pelaksana USMB’17. Setelah itu, Mereka dibawa pulang ke penginapan anak-anak Melaka iaitu Rumah Melaka Sementara lll di Hayyu Sabi’.
    Setibanya di RMS lll, mereka diberikan taklimat berkaitan pembahagian rumah, pengenalan musyrif/ah dan juga pengenalan komiti pelaksana USMB’17 dan akhir sekali mereka diberikan ruang untuk berehat bagi menghilangkan kepenatan.
    Minggu Tautan Mahabbah 2017 (MIFTAH’17) merupakan sebuah program di bawah kelolaan komiti pelaksana USMB’17. Program MIFTAH’17 berlangsung pada 17 April hingga 20 April 2017. Program yang diadakan saban tahun ini adalah bertujuan agar para mahasiswa/wi baru diberikan pelbagai pendedahan selaku penuntut ilmu di Universiti Al-Azhar, Mesir. Program yang berlangsung selama empat hari ini melibatkan aktiviti di dalam dewan yang bertempat di Dewan Jawa Barat, Hayyu Asyir dan juga di luar dewan.
    Antara aktiviti yang dijalankan pada hari pertama dan kedua seperti pembentangan teknik muamalah, taklimat keselamatan dan kesihatan, talkshow pengenalan Al-Azhar dan Mesir, sejarah penubuhan BKKIMM dan Badan Kebajikan Anak Negeri di Mesir serta ta’aruf antara mahasiswa/wi baru bersama para pimpinan BKKIMM. Mereka juga dibentangkan berkenaan pengenalan pengajian yang bakal diceburi melalui slot Senat Fakulti.
    Hari ketiga dan keempat pula MIFTAH’17 menyajikan kepada mahasiswa/wi baru dengan GKB berkaitan muamalah bersama masyarakat tempatan dan sedikit aktiviti luar seperti explorace agar mahasiswa/wi baru dapat mempraktikkan apa yang dipelajari serta dibantu oleh beberapa komiti pelaksana USMB '17 . Manakala di sebelah malam telah diadakan talkshow berkaitan pengenalan Hisbah, Unit Biah Solehah dan Unit Bait Muslim sebelum program pada kali ini melabuhkan tirainya melalui ucapan penangguhan daripada Yang Dipertua BKKIMM Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah serta penyampaian cenderahati kepada peserta terbaik dikalangan mahasiswa dan mahasiswi.
   Semoga dengan anjuran program ini dapat memberikan pelbagai manfaat dan bantuan bagi mahasiswa/wi baru menjalani kehidupan di bumi Anbiya' ini. Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua barisan komiti pelaksana USMB '17 yang bertungkus lumus dalam bersama-sama membantu menjayakan program kali ini. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik kalian pada hari akhirat kelak.

Sekian,
Terima Kasih.

“Pemantapan Tarbawi, Merintis Generasi Rabbani”
“Sahsiah Diungguli, Kebersamaan  Dilestari”
#BKKIMM_Kesatuan_Kami

Disediakan Oleh :
NURJIHAN BINTI MAHMUD
Setiausaha(Publisiti)
Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru 2017
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir Sesi 2016/2017

No comments:

Post a Comment