Friday 30 June 2017

TARBIYAH RAMADAN PENCETUS GENERASI BADARIYYIN

KAHERAH, 25 Jun 2017 – Bulan Ramadan Al-Mubarak kembali lagi menemui umat Islam khususnya ahli Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir bagi tahun 1438 H. Program yang diadakan saban tahun ini, iaitu Ihya’ Tarbawi Ramadhan 2017 (IHTIRAM ’17). Perasmian IHTIRAM ’ 17 telah diadakan pada 25 Mei 2017 bersamaan 1 Ramadan 1438 Hijriah telah dirasmikan oleh Ustaz Syed Hazimuddin Bin Seyd Hamid yang merupakan Yang Dipertua Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) dalam Majlis Pembukaan IHTIRAM’17 dan selamat melabuhkan tirai pada  22 Jun 2017 bersamaan 28 Ramadan 1438 Hijrah.

   Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Komuniti Ihya’ Tarbawi Ramadan (IHTIRAM ’ 17) di bawah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sepanjang bulan ini. Objektiv IHTIRAM ’17 kali ini adalah  menyeru anak-anak Melaka menyelami serta melipat gandakan amal ibadah dalam bulan Ramadan demi meraih mardhatillah dan ganjaran kelebihan malam Lailatul Qadar. Keduanya adalah bagi mematri ukhuwah anak-anak Melaka dengan mengerjakan ibadah secara bersama demi memupuk semangat kesatuan dan menjadikan bulan Ramadan sebagai institusi dan keilmuan dalam melahirkan graduan yang membaktikan ilmu untuk perjuangan Islam secara bersama.



   Komuniti IHTIRAM ‘17 telah menganjurkan pengisian yang menarik kepada ahli BKKIMM bagi memanfaatkan masa yang berharga di dalam bulan yang mulia ini. Antaranya pengisian yang  berbentuk rohani iaitu Daurah Kitab (Puasa Orang Sakit), Diskusi Kitab (Pengenalan Surah An Nur), tazkirah, tadarus al-Quran, dan solat terawih. Turut diadakan juga pertandingan Hari Ihtifal Ilmiah, antara aktiviti yang dipertandingkan adalah hafalan hadith 40, bacaan teks arab tanpa baris, pidato bahasa Arab, dan tilawah Al-Quran. Pengisian tersebut bagi meningkatkan kemahiran dan thaqafah dalam kalangan ahli. Selain itu juga aktiviti jasmani turut diadakan, antaranya permainan khusus bagi mahasiswa seperti chess, carrom, dan pingpong. Bagi mahasiswi pula diadakan kelas kuih raya.  Disamping itu, IHTIRAM ‘17 telah mengadakan Nuzul Quran dan Ceramah Badar Kubra bagi memperingati peristiwa di dalam bulan Islam dan meningkatkan semangat serta kefahaman terhadap peristiwa tersebut.


   Harapan daripada komuniti IHTIRAM ‘17 semoga dengan terlaksananya program kali ini dapat menyatukan ukhuwah antara ahli Melaka dan agar sentiasa beristiqomah dengan amal ibadah walaupun selain di bulan Ramadan.


Disediakan ole :
Setiausaha, Ihya’ Tarbawi Ramadan 2017
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi
2016/2017.

No comments:

Post a Comment