Sunday, 23 April 2017
IJTIMA' KABIR : PLATFORM PENAMBAHBAIKAN SURVIVAL BKKIMM
Selasa, 16 April 2017-Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menganjurkan sebuah program Ijtima' Kabir di bawah Jabatan Setiausaha Agung BKKIMM sesi 2016/2017. Program Ijtima' Kabir atau lebih dikenali muhasabah separuh penggal dianjurkan saban tahun bagi seluruh pimpinan serta ahli BKKIMM untuk memuhasabah atau menambahbaik perjalanan BKKIMM di muka bumi Mesir ini.
Program ini telah berlangsung dari jam 3.00 petang sehingga 7.00 malam di Dewan Jawa Barat, Hayyu Asyir. Pengarah Ijtima' Kabir, Muhammad Audi bin Ismail selaku Setiausaha Agung BKKIMM telah menerangkan 3 objektif dilaksanakan Ijtima' Kabir iaitu mengeratkan hubungan antara AJKT dan ahli-ahli Melaka di Perlembahan Nil, mendengar pendapat, muhasabah dan cadangan daripada ahli BKKIMM, bekerjasama antara AJKT dan ahli dalam menyelesaikan permasalahan BKKIMM.
Ijtima' Kabir dimulakan dengan sesi taaruf AJKT BKKIMM disusuli taaruf ahli BKKIMM. Program diteruskan dengan pembentangan laporan unit-unit BKKIMM bermula Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS) diakhiri dengan Jabatan Yang Dipertua disertai muhasabah dan cadangan daripada ahli BKKIMM untuk unit-unit tersebut. Seusai pembentangan laporan unit serta muhasabah dan cadangan, satu slot Muhasabah umum dikendalikan oleh Ketua Penasihat BKKIMM, Ustaz Muhammad Khidir bin Ab Hamid. Program Ijtima' Kabir ini diakhiri dengan pelancaran Tabung Khas Anak Melaka Mesir oleh Yang Dipertua BKKIMM sesi 2016/2017, Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah ditemani Pengarah Tabung Khas Anak Melaka Mesir, Ustaz Muhammad Aidil bin Md Hassim. Serahan zakat kepada anak-anak Melaka hasil usaha peringkat Unit Kebajikan BKKIMM juga menghiasi majlis perasmian penutup ini.
Akhir sekali, peringkat Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir mengharapkan agar program Ijtima' Kabir kali ini sedikit sebanyak dapat memberikan impak yang baik serta perubahan yang positif kepada perjalanan BKKIMM pada masa akan datang. Semoga Allah memberkati serta memberikan naungannya kepada Bahtera BKKIMM dalam memberikan kebajikan kepada Anak-anak Melaka yang berada di Perlembahan Nil ini.
Sekian, Terima kasih.
"Sahsiah Diungguli, Kebersamaan Dilestari"
#BKKIMM_Kesatuan_Kami
Disediakan Oleh:
JUNDULLAH BIN SAID
Setiausaha Ijtima' Kabir,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir,
Sesi 2016/2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment