UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Friday, 21 April 2017

KENYATAAN RASMI TIMBALAN YANG DIPERTUA : PENANGGUHAN PROGRAM BKKIMM

Assalamualaikum w.b.t

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بدعوته إلى يوم الدين, أما بعد

  Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para keluarga baginda SAW , para sahabat RA dan sesiapa yang mendokongi dan menyambung dakwah baginda nabi SAW.

   Bersempena dengan musim peperiksaan bagi fasa kedua yang akan tiba tidak lama lagi, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dengan ini memaklumkan bahawa tanggal 25 Rejab 1438 H bersamaan 21 April 2017 sebagai tarikh penangguhan sebarang program di peringkat BKKIMM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah dan thaqafah sahaja dibenarkan berlangsung.

   Penangguhan ini bertujuan untuk memberi ruang kepada mahasiswa/wi anak Melaka membuat persediaan yang rapi dan mengoptimumkan usaha mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan tersebut sehingga ianya berakhir.

   Oleh itu, pihak BKKIMM mengharapkan seluruh ahli dapat memanfaatkan setiap peluang dan ruang yang ada untuk menghadapi peperiksaan kali ini agar mahasiswa Melaka Mesir terus terkehadapan dari sudut ilmu dan thaqafah. Kami mendoakan agar semua mahasiswa/wi anak Melaka memperolehi kejayaan dan kecemerlangan disamping meraih redha Allah S.W.T.


Abdul Wafi Bin Abdul Aziz
Timbalan Yang Dipertua
(Ketua Unit Perancang dan Panitia)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2016/2017

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.