Thursday 6 April 2017

KENYATAAN BERSAMA YDP BKAN : RESOLUSI KONGRES BKAN

Berikutan telah berlangsungnya Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri. Peringkat Kami mengucapkan ribuan terima kasih 
kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut. Kehadiran yang melebihi seribu orang menunjukkan bahawa semangat persaudaraan dan kesatuan yang telah dibina sekian lama masih kukuh terpasak di kalangan mahasiswa Malaysia di Mesir.

Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri ini diadakan bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi menangani isu-isu yang berlaku di kalangan mahasiswa. Pelbagai pandangan dan cadangan telah dilontarkan agar perkara tersebut dapat dilaksanakan secara bersama.  

Hasil dari pembentangan wakil-wakil Yang Dipertua BKAN dan perbahasan daripada wakil-wakil BKAN berkaitan isu yang telah dibentangkan. Peringkat Majlis Yang Dipertua BKAN telah bersepakat untuk mengeluarkan beberapa resolusi untuk digerakkan secara bersama.

Jesteru, kami menyeru kepada semua mahasiswa agar memfokuskan kepada menjayakan 4 resolusi yang telah dipersetujui dalam kongres lepas iaitu :

1. Bersama bersatu dalam membawa wadah kesatuan dan menjadikan BKAN sebagai lidah rasmi mahasiswa Malaysia Mesir.
2. Menggempur gerak kerja amar ma'ruf  nahi mungkar demi kesejahteraan bersama.
3. Meningkatkan pencapaian akademik mahasiswa Malaysia Mesir dalam membentuk ulama amilin.
4. Sedia mendepani segala cabaran dalam mempertahankan hak mahasiswa.

#BersatuHatiTeguhBerdiri 
#MuafakatAsasKejayaan

"Sahsiah Diungguli, Kebersamaan Dilestari"
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMM_Kesatuan_Kami
#BersamaBersatu

No comments:

Post a Comment