Wednesday 26 July 2017

PERJUMPAAN BERSAMA : MEDAN KESEPAKATAN AHLI DAN PIMPINAN

Kaherah, 23 Julai 2017, Ahad - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menganjurkan satu pertemuan bersama ahli BKKIMM bagi mengutip suara dan membincangkan secara bersama perkara yang melibatkan survival anak-anak Melaka di Mesir setelah sekian lama pertemuan seperti ini tidak diadakan yang bertempat di Sutuh Rumah Melaka Sementara lll (RMS lll).


 Majlis dikendalikan oleh Yang Dipertua BKKIMM Sesi 2016/2017, Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah ditemani oleh Bendahari Agung BKKIMM, Ustaz Muhammad Ikhram bin Samsudin dan Ketua Unit Perumahan BKKIMM, Ustaz Ahmad Solihin bin Ahmad Tamrin Zakry.

 Pertemuan dimulai dengan pembentangan perbelanjaan semasa BKKIMM berkaitan akaun penempatan Tabung Khas Anak Melaka Mesir bagi menanggung sewaan rumah Melaka Sementara. Seterusnya pihak pimpinan telah membawa satu cadangan bagi menanggung 50% bayaran bil air dan elektrik RMS lll bagi meringankan bebanan Ahli BKKIMM yang mendiami RMS lll ini menggunakan kewangan Tabung Khas Anak Melaka Mesir. Cadangan ini telah dipersetujui dan disepakati oleh majoriti ahli yang hadir.


  Akhir sekali, majlis diteruskan dengan membuka sebarang muhasabah, cadangan mahupun pandangan daripada ahli berkaitan dengan permasalahan umum yang melanda kesatuan tercinta ini bertujuan untuk diperbaiki dari semasa ke semasa. Semoga Allah S.W.T melindungi serta menaungi kesatuan ini sehingga ke akhirnya.

Sekian, Terima Kasih.

"Sahsiah Diungguli, Kebersamaan Dilestari"
"Bersama Bersatu"
#BKKIMM_Kesatuan_Kami

Disediakan Oleh:
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir Sesi 2016/2017

No comments:

Post a Comment