Friday 18 August 2017

KENYATAAN YANG DIPERTUA : SEMPENA PERISTIWA 15 OGOS 2016

Firman Allah S.W.T :

 إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Ertinya: "Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir menzahirkan rasa dukacita terhadap peristiwa yang berlaku pada tanggal 15 Ogos 2016 berikutan satu dasar yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Melaka. Pemakluman yang dikeluarkan berkenaan dengan zakat dan pinjaman kepada mahasiswa yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam ke Mesir telah dibekukan sehingga ke hari ini. Tidak dinafikan bahawasanya peristiwa yang berlaku ini sedikit sebanyak memberikan efek yang negatif kepada mereka yang mengalami masalah tersebut.

Justeru itu, kami BKKIMM sentiasa memandang serius dan berusaha sedaya upaya menggembeling tenaga dalam menjaga kebajikan anak Melaka secara umumnya bagi memastikan kelangsungan survival mereka di sini terus terjaga. Antara usaha yang telah dilakukan ialah oleh BKKIMM antaranya :
1) Menubuhkan Tabung Khas Anak Melaka Mesir yang dikelolai oleh jawatankuasa khas bagi membantu meringankan bebanan pelajar.
2) Proposal kebajikan bagi mencari sumbangan untuk setiap sesi kehadiran pelajar.
3) Menampung setengah daripada jumlah keseluruhan bil air dan bil elektrik di Rumah Melaka Sementara III.
4) Memberi zakat yang telah dikumpul kepada pelajar yang layak dan juga kepada yang tidak berkemampuan pada bulan Ramadan baru-baru ini.

Kami BKKIMM mengharapkan agar usaha yang sedikit ini mampu meringankan bebanan yang ditanggung pelajar dalam meneruskan kehidupan disini secara tidak langsung memberikan sedikit kekuatan dan semangat kepada mereka untuk terus menuntut ilmu di sini dalam menjayakan misi dan visi yang telah dipundakkan Islam ke atas bahu mereka, iaitu menyebarkan agama Islam dan meletakkannya di tempat yang paling tinggi.

Ambisi BKKIMM agar perkara ini dapat diperhatikan dan dipertimbangkan semula oleh pihak yang berkenaan bagi meringankan bebanan kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke Mesir dalam bidang pengajian Islam. Semoga dengan usaha yang murni yang dilakukan serba sedikit dapat memberikan impak atau kesan yang positif terhadap pelajar khususnya dan kepada masyarakat umumnya terutama di negeri Melaka.

"Sahsiah Diungguli, Keberasamaan Dilestari"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMM_Kesatuan_Kami
#BersamaBersatu

No comments:

Post a Comment