Monday 21 August 2017

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI


KELANGSUNGAN PROGRAM BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

11 Ogos 2017(Jumaat).Perjumpaan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri telah diadakan bertempat di Asrama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Hayyu Sabiek Kaherah. Perbincangan  yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM)  adalah bertujuan  menyelaraskan beberapa program  mega secara bersama.  

Perbincangan ini bagi menekankan berkenaan kelangsungan kebersamaan Badan Kebajikan Anak Negeri dalam membawa  kebajikan kepada ahli disamping memperkukuhkan ukhuwah diantara mahasiswa/wi sebagaimana yang telah di bawa dalam resolusi Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri yang lepas.   Sebagaimana program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini, peringkat Yang Dipertua telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa program sama ada melibatkan semua negeri atau beberapa negeri sahaja. Ia adalah mengikut kepada kesesuaian dan manfaat yang boleh diberikan kepada ahli.  

Segala makluman berkenaan dengan program-program tersebut  akan dimaklumkan melalui media rasmi Badan Kebajikan Anak Negeri.    Semoga kerjasama yang dijalinkan ini akan memberi manfaat kepada semua ahli dalam  memahami makna sebenar kesatuan dan meletakkan semangat ukhuwah islamiah dalam setiap pelaksanaan  gerak kerja.      

"Sahsiah Diungguli, Kebersamaan Dilestari"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMM_Kesatuan_Kami
#BersamaBersatu  

No comments:

Post a Comment