Saturday 23 June 2018

IHTIRAM DAN SAMBUTAN AIDILFITRI (ISYFA'18)

KAHERAH, 15 MEI 2018 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan satu program yang diberi nama IHTIRAM dan Sambutan Aidilfitri (ISYFA’ 18) khusus buat mahasiswa dan mahasiswi Melaka di Perlembahan Nil. Program ini dikelolai oleh pengarah ISYFA'18 iaitu Ustaz Muhammad Azfar Bin Jamali dan Timbalan ISYFA'18, Ustazah Nasria Solehah Binti Mohamed Nasir serta seluruh barisan adhoc pelaksana program ISYFA’18.

 Objektif program ini bertujuan untuk menyeru ahli BKKIMM untuk menggandakan ibadah dan menjadikan bulan Ramadan sebagai institusi tarbiyah bagi melahirkan graduan yang membaktikan ilmu serta menghayati nilai kemenangan Islam.

Program ini telah membuka tirainya dengan aktiviti ambang ISYFA’18 yang mengetengahkan slot diskusi kitab yang membahaskan berkaitan kelebihan dan hukum hakam pada bulan Ramadan. Kemudian, telah berlangsungnya Majlis Perasmian ISYFA’18 dan diteruskan dengan aktiviti harian pada bulan mulia ini seperti melaksanakan solat sunat tarawih berjemaah, tazkirah ahli, tadarus Al-Quran dan sebagainya yang telah disusun oleh Unit Pengisian ISYFA’18. Selain itu juga, terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti Ribat Perdana, Iftar dan Sahur Jamaie, Tazkirah Khas, Majlis Khatam Al-Quran, serahan shantoh ramadan, edaran bubur lambuk dan pelbagai lagi aktiviti yang bermanfaat buat mahasiswa/wi Melaka di Perlembahan Nil.



ISYFA’18 diteruskan lagi pada bulan Syawal dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Solat Sunat Aidilfitri bersama warga tempatan Mesir di Masjid berdekatan, pembacaan hadis musalsal,pertandingan outdoor dan indoor, diskusi kitab serta Rumah Terbuka BKKIMM yang berlangsung pada 4 Jun 2018 dan telah dihadiri oleh seluruh ahli BKKIMM, VIP dan VVIP jemputan.

Program yang berjalan selama satu bulan 4 hari ini telah berjaya melabuhkan tirainya pada malam raya ke-4 bersamaan 18 Jun 2018 di Sutuh Rumah Melaka Sementara (RMS III) di mana Majlis Perasmian Penutupan ISYFA'18 telah disempurnakan oleh Alfadil Ustaz Muhammad Khidir bin Abd Hamid selaku Ketua Penasihat BKKIMM sesi 2017/2018.

Majlis dimeriahkan lagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada para peserta yang menyertai pertandingan sepanjang program. Kemudian, para peserta telah dipaparkan dengan tayangan video lakonan raya USMB’18 dan diikuti dengan sesi bergambar beramai-ramai.
Semoga dengan berakhirnya program ISYFA’18 pada kali ini dapat mengeratkan silaturrahim dan melakar memori indah yang amat bermakna buat mahasiswa/wi Melaka yang beraya di perantauan Mesir.

“Semarak Ramadan, Semurni Lebaran”
“Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti”
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”

#AmalTanpaNoktah
#BKKIMMKesatuanKami
#BersamBersatu

Disediakan oleh:
Setiausaha (Promosi dan Disiplin) ISYFA’18
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment