Monday 17 September 2018

JAHILIYAH MODEN MANUSIA TANPA TIMBANGAN IMAN & WAHYU

Assalamualaikum Warahmatullah..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,selawat dan salam buat Rasul junjungan dan keatas keturunannya dan para sahabat baginda serta sesiapa sahaja yang mengikuti jejak langkah baginda hingga hari kiamat.

Firman Allah :
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui
batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
(Al-Zumar 39 : 53)

Sahabat sekalian,
Dalam menyelusuri zaman berzaman sehinggalah zaman serba moden ini, telah wujudnya golongan bijak pandai yang menggunakan ideologi yang di bawa oleh barat untuk dijadikan sebagai panduan kehidupan mereka,sedangkan ideologi tersebut bercanggah dengan islam. Dalam pada itu ,umat islam juga tidak lari daripada ideologi dan falsafah tersebut sehingga ada di kalangan orang islam sendiri yang mengaku dirinya islam tetapi pemikiran mereka adalah pemikiran barat.Jadi tidak hairanlah jika sekiranya ada orang islam menolak salah satu sumber perundangan umat islam iaitu Al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup sehinggakan mereka memperjuangkan hak mereka yang ianya bercanggah dengan Alquran dan sunnah dan menyebabkan timbulnya pelbagai masalah sosial yang sukar ditangani dan melampaui batas.Gejala LGBT merupakan sebahagian daripada permasalahan sosial serta wabak yang melanda dunia dan bangsa Melayu beragama Islam secara umumnya dikenalpasti turut terlibat dalam permasalahan ini.

Permasalahan kecelaruan seksual dan jantina, yang merujuk kepada komuniti Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) bukan merupakan isu baru. Sebaliknya, Allah SWT telah
menjelaskan tentang permasalahan homoseksual yang berlaku di kalangan umat Nabi Lut a.s. Perbuatan homoseksual tersebut jelas merupakan perkara yang keji sebagaimana
firman-Nya pada ayat 80-84, Surah al-A'raf yang bermaksud: “Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan). Ingatlah tatkala dia berkata kepada kaumnya “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?”. “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tiada jawapan oleh kaumnya melainkan mereka berkata “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri. Maka Kami selamatkan dia dan ahlinya (keluarganya dan pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia tergolong dalam orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan".

Sahabat sekalian,
Ayat di atas jelas menggambarkan perilaku umat Nabi Lut a.s. yang mengalami masalah kecelaruan seks apabila memiliki kecenderungan untuk melakukan hubungan intim dengan
kaum sejenis iaitu lelaki bersama lelaki dan perempuan bersama perempuan. Orientasi seksual yang dilakukan sesama pasangan sejenis atau homoseksual disebut di dalam hadith dengan istilah liwat (homoseksual) dan al-sihaq (lesbian).
Di dalam ayat al-Qur’an tersebut, Allah menggambarkan azab yang menimpa ke atas kaum Nabi Lut a.s.

Kesimpulannya, sebagai umat islam perlulah menjauhi gejala sonsang ini dan hendaklah berpegang teguh kepada Alquran dan sunnah kerana ia merupakan sumber perundangan dan juga wasiat nabi kepada kita dalam sabdanya bermaksud:"Telah aku tinggalkan kepadamu dua perkara kamu tidak akan tersesat selamanya, selama kamu berpegang teguh dengan keduanya, yaitu Kitabullah dan Sunah Rasul”. (HR. Hakim dan Lain-lain).
Dalam pada itu, umat islam hendaklah mengimani dan melaksanakan segala suruhan dan perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya dalam erti kata lain "Amar Makruf Nahi Mungkar".Firman Allah :Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.”
(QS. Ali Imran : 110).

Bukankah ragu pada ayat Allah itu menyebabkan iman kita berkurang bahkan boleh menyebabkan menjadi kufur.Dan kita juga hendaklah yakin bahawa Alquran dan Sunnah adalah relevan sepanjang zaman.Justeru itu, ilmuan dan pengamal LGBT Muslim semestinya menginsafi, bahawa segala persepsi mereka kononnya Nabi s.a.w. tidak pernah mengeluarkan hadith yang melarang perlakuan LGBT adalah salah. Bahkan Nabi s.a.w. sekali-kali tidak akan berkompromi dengan perlakuan yang jelas dikeji dan dilarang oleh Allah SWT. Apatah lagi perihal perlakuan dan azab yang menimpa umat Nabi Lut a.s. dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an sebanyak 18 kali, meliputi kisah Nabi Lut a.s. dan kaumnya serta petunjuk mengenai perlakuan keji umat Nabi Lut a.s.
Kebimbangan terhadap azab Allah yang ditimpakan kepada umat Nabi Lut a.s. seharusnya dijadikan panduan dan renungan agar perlakuan LGBT yang semakin berleluasa khususnya di kalangan muslim. Akhir sekali dalam gerak kerja menangani isu ini,adalah satu tanggungjawab kita atau pihak yang berkenaan untuk mendekati golongan LGBT ini disamping memberi kefahaman dan penghayatan islam secara syumul bagi melahirkan generasi "khaira ummah"

"Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

No comments:

Post a Comment