Sunday 18 August 2019

CIRI MUKMIN YANG BERIMAN : MENGHAYATI SIRAH, MEMBINA UKHUWAH

Kaherah,13 Ogos 2019 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sekali lagi dengan jayanya menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha 1440 H. Sambutan pada tahun ini diberi nama IBRAH’19, ia adalah sambutan yang saban tahun diadakan khusus bagi anak-anak melaka di Mesir bagi menyambut hari Raya Aidiladha. Tema yang dibawa oleh komiti program pada kali ini adalah “Menghayati Sirah Pengorbanan, Memanifestasikan Ketaqwaan”  yang diketuai oleh Ustaz Umar Muhammad bin Ridzuan selaku pengarah dan timbalan pengarah, Ustazah Nur Munawwarah binti Musa yang berlangsung pada 8 Ogos sehingga 13 Ogos 2019. 
 
   “Ihtifal Aidiladha Bersama Anak Melaka 2019” atau IBRAH ’19 pada tahun ini menekankan beberapa aspek yang penting bagi mahasiswa Melaka Mesir. Yang pertama, menekankan penghayatan sirah pengorbanan para anbiya’ dalam melaksanakan perintah Allah swt serta mengaplikasikannya di dalam kehidupan, program ini juga bertujuan melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan dan berilmu melalui medium kesatuan. Disamping itu, penekanan lain IBRAH ’19 adalah memupuk semangat kerjasama dan mengukuhkan ukhuwah di kalangan anak Melaka di Mesir.

   IBRAH’19 menyingkap tirainya pada 8 Ogos 2019 dengan aktiviti Explorace dan tazkirah ringkas sekitar pengorbanan Para Anbiya’. IBRAH ’19 diteruskan lagi pada hari yang seterusnya dengan pengisian yang penting iaitu Pembentangan Feqh Manasik Haji berserta praktikalnya yang telah disampaikan oleh  Ustaz Sheikh Muhamad Faeez bin Mohd Nasir dan Pembentangan Feqh Sembelihan yang telah disampaikan oleh Ust Muhammad Ainuddin bin Mohd Ishak. Majlis turut diserikan lagi dengan Iftar Jamie serta Perutusan Aidiladha YDP BKKIMM sesi 2018/2019 iaitu Muhammad Audi bin Ismail. IBRAH ’19 seterusnya dimeriahkan lagi dengan warna warni dan keceriaan Aidiladha seusai solat raya berjemaah di pagi Hari Raya dan aktiviti kunjung mengunjung ke kediaman Anak-anak Melaka yang berhampiran. IBRAH ’19 tiba ke kemuncaknya pada hari raya yang kedua dengan aktiviti gotong-royong sembelihan dan lapahan daging. Seusai aktiviti lapahan, daging-daging tersebut telah pun diagih-agihkan kepada anak-anak Melaka dan warga arab sekitar. Pada malamnya, aktiviti merewang disajikan lagi dengan sup tulang. IBRAH ’19 perlahan-lahan melabuhkan tirainya dengan jamuan Rumah Terbuka BKKIMM. Rumah terbuka yang telah berlangsung di Dewan Masjid Tontowi dan telah dihadiri oleh tetamu-tetamu undangan dan anak-anak Melaka dan IBRAH ’19 melabuhkan tirai sepenuhnya dengan ucapan dari Perasmi Penutup yang telah disempurnakan oleh Ketua Penasihat BKKIMM sesi 2018/2019 iaitu Ustaz Muhammad  Anuar bin Abdullah dan kehadiran ahli BKKIMM serta VIP seramai 100 orang Ikhwah mahupun Akhawat.

   Akhirnya, semoga Ihtifal Aidiladha Bersama Anak Melaka 2019 (IBRAH ’19) dapat mengukuhkan lagi kesatuan dan ukhuwah disamping menjadi wasilah untuk mempertingkatkan lagi ketaqwaan dan keimanan kepada Allah. Di samping itu, supaya dapat menghayati dan mengambil ibrah-ibrah yang sangat bernilai dari sirah perjuangan dan pengorbanan nabi-nabi dalam menyebarkan Islam.


“Menghayati Sirah Pengorbanan, Memanifestasikan Ketaqwaan”

“Memurnikan Fikrah, Membina Sahsiah”

#Labbaikallah
#BKKIMMKeluargaKita

Disediakan oleh :
Setiausaha (Promosi dan Teknikal) | IBRAH’19 | BKKIMM sesi 2018/2019

No comments:

Post a Comment