KAHERAH, 15 JULAI 2021 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2020/2021 telah mengadakan sebuah program Ijtima' Kabir yang dihadiri oleh 70 orang dari kalangan pimpinan dan ahli. Program tersebut berlangsung di Surau Wisma Sultan Muhammad V.
Sebelum bermula agenda utama program ini, pengerusi majlis iaitu Ustaz Abdul Mujib bin Othman selaku Timbalan Setiausaha Agung (Ketua Unit Pendidikan) BKKIMM sesi 2020/2021 telah membentangkan tiga objektif utama program iaitu mengeratkan hubungan antara pimpinan dan ahli Melaka di Perlembahan Nil di samping mendengar pendapat, muhasabah dan cadangan serta bekerjasama antara ahli dan pimpinan dalam menyelesaikan permasalahan BKKIMM.
Akhirnya, majlis telah ditamatkan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Ismail bin Samsudin selaku Ketua Unit Dakwah BKKIMM sesi 2020/2021 dan disusuli dengan tayangan video AJKT BKKIMM sesi 2020/2021.
Sahayugianya, peringkat BKKIMM berharap agar program Ijtima' Kabir kali ini dapat memberikan impak yang baik serta perubahan yang positif kepada perjalanan BKKIMM pada masa akan datang. Semoga Allah memberkati serta memberikan naunganNya kepada bahtera BKKIMM dalam menjalankan agenda kebajikan kepada seluruh anak Melaka demi keberlangsungan dakwah Islam khususnya di bumi Mesir ini.
"Ilmuan Rabbani, Penerus Legasi Islami"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
#1Hati1Wahdah
#BersamaBersatu
Disediakan oleh: Jabatan Setiausaha Agung BKKIMM sesi 2020/2021
No comments:
Post a Comment