Wednesday 18 August 2021

[ KESEDARAN MAHASISWA, MEMBENTUK PELAPIS UMMAH ]






KAHERAH, 10 dan 11 Ogos 2021- Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2020/2021 telah mengadakan satu program separa mega yang diberi nama Pembangunan Pelapis Ilmuan Islam 2021 (PELAPIS '21) khusus buat anak-anak Melaka di Perlembahan Nil. Tema yang dibawa oleh program pada kali ini adalah "Mencetus Kesedaran Berthaqafah, Membentuk Pelapis Ummah". Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini adalah untuk memberi pencerahan berkaitan isu semasa, menambah thaqafah dan 'softskill', menerapkan nilai ukhuwah dan juga melahirkan tenaga pelapis yang berkualiti dari sudut pendidikan dan kemahiran.  

    Buat pengetahuan umum, pengisian-pengisian yang disajikan buat peserta PELAPIS '21adalah hasil kolaborasi tiga unit di bawah BKKIMM pada sesi ini iaitu Unit Dakwah, Unit Pendidikan dan Unit Penerangan dan Penerbitan. 


    PELAPIS '21 membuka tirainya dengan pengisian Talkshow Hisbah: Our Responsibility For Ummah yang dikendalikan oleh moderator, Ustaz Muaz bin Mohd Salleh dan dua barisan panel yang hebat iaitu Ustaz Hamdan bin Ariffin dan Doktor Muhammad bin Aziz. Pada hari berikutnya pula, peserta dibentangkan dengan slot Bengkel Pembacaan Kitab Arab dan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Firdaus bin Burhan. Slot ini mengetengahkan panduan-panduan asas kemahiran bagi seorang mahasiswa/wi pengajian Islam dan melatih diri supaya menjadi pembaca dan pengisi yang berkesan. Seterusnya, salah satu slot yang membuka mata peserta dalam program ini adalah slot Bengkel Pengucapan Awam yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Nur Hafiz bin Musri. Melalui slot ini para peserta dapat menambah baik kemahiran pengucapan awam yang diguna pakai dalam kehidupan seharian.

Tidak ketinggalan juga kemahiran asas dalam bidang grafik melalui slot Adobe Illustrator yang telah disampaikan oleh tenaga pengisi daripada BKKIMM iaitu Ustaz Muhammad Iqbal bin Seidi menjadi slot terakhir buat para peserta.

Seharian berprogram bermula pagi sehinggalah petang, PELAPIS '21 akhirnya melabuhkan tirai dengan ucapan penutup yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2020/2021 iaitu Ustaz Muhammad Rohaizad bin Mohd Noh. 


   Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para peserta yang bersama-sama menyertai program ini hingga ke akhirnya.Tidak dilupakan juga kepada pihak komiti program yang bertungkus lumus dalam menjayakan program PELAPIS '21 pada kali ini. Semoga dengan pelaksanaan program kali ini dapat memberi kesedaran tentang kepentingan kemahiran dan thaqafah dalam era yang serba moden ini di samping mensasarkan lebih ramai pelapis Mahasiswa/wi Melaka yang mahir dalam aspek pendidikan dan kemahiran demi kemaslahatan ummah. 


"Mencetus Kesedaran Berthaqafah, Membentuk Pelapis Ummah" 
"Ilmuan Rabbani, Penerus Legasi Islami"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" 

#MahasiswaBerperanan 
#1Hati1Wahdah
#BersamaBersatu

No comments:

Post a Comment