Monday, 25 August 2014

ZIARAH MAHABBAH AJKT BKKIMM KE MANSOURA

Kaherah, 25 Ogos 2014 – Barisan Kepimpinan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2013/2014 telah mengadakan ziarah Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) BKKIMM ke cawangan Mansoura pada hari Sabtu bersamaan 23 ogos 2014. Antara AJKT yang terlibat ialah dua orang  AJKT ikhwah dan tiga orang  AJKT HEWI serta seorang Penasihat BKKIMM akhawat. Perjalanan dari Kaherah ke Mansoura mengambil masa lebih kurang dua jam dan kedatangan kami telah disambut baik oleh anak-anak Melaka di Mansoura.

Pada tahun ini, kedatangan kami berbentuk ziarah berbanding tahun sebelum ini berbentuk jaulah yang melibatkan semua Barisan Kepimpinan AJKT BKKIMM. Tujuannya adalah untuk mengenali dengan lebih rapat dan mesra serta mengeratkan lagi silaturrahim yang sudah terjalin ataupun yang baru sahaja terjalin di antara Kepimpinan BKKIMM dengan anak-anak Melaka di Mansoura.

Program bermula selepas solat maghrib dengan kehadiran Anak-Anak Melaka Mansoura serta Pengerusi Perubatan Mansoura iaitu Saudara Shameer Bin Abdul Rahman. Antara agenda yang telah disusun ialah ucapan dari wakil pelajar Melaka Mansoura iaitu Saudara Imran Bin Jamaat  dan seterusnya ucapan dari Pengerusi Perubatan Mansoura iaitu Saudara Shameer Bin Abdul Rahman. Program diteruskan dengan ucapan wakil AJKT BKKIMM iaitu Timbalan Ketua HEWI BKKIMM (Timbalan Unit Perancang dan Panitia) Saudari Nurul Atiqah Binti Ahmad.

Seterusnya program diteruskan dengan slot penerangan berkenaan isu penambahbaikan Wisma Seri Melaka yang telah disampaikan  oleh Timbalan Yang Di-Pertua BKKIMM (Ketua Unit Perancang Dan Panitia) Saudara Mohd Aidil Bin Md Hassim dan Penasihat BKAN Melaka Saudari Nur Hafizah Binti Abd Rahman. Kemudian sesi soal jawab dibuka bagi memberi ruang kepada anak-anak Melaka di Mansoura mengutarakan idea dan cadangan masing-masing. Respon yang diberikan oleh anak-anak Melaka di Mansoura adalah memberansangkan serta menyokong sepenuhnya supaya tidak berpindah dari  Wisma Seri Melaka. Antara cadangan yang diberikan adalah peringkat Barisan Kepimpinan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)  membuat surat sokongan dan diberikan kepada setiap cawangan bagi menyatakan sokongan serta kebersamaan mereka dengan anak-anak Melaka Mesir dalam isu ini.

Program diteruskan dengan slot permasalahan anak-anak Melaka di Mansoura serta dibuka seluas-seluasnya jika ada sebarang  muhasabah dan cadangan untuk diberikan kepada Barisan Kepimpinan BKKIMM. Kemudian, program diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Pengerusi Perubatan Mansoura, Saudara Shameer Bin Abdul Rahman dan wakil pelajar Melaka Mansoura, Saudara Imran Bin Jamaat sebagai tanda kenang-kenangan dari Barisan Kepimpinan BKKIMM. Program diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.

Akhir kata, mudah-mudahan ukhuwah yang terjalin antara kita tidak berakhir di atas dasar program semata-mata tetapi akan berkekalan hingga akhirat kelak insyaAllah.

"SATU FIKRAH SATU AMAL"
"KITA PMRAM"

No comments:

Post a Comment