2 Februari 2015 : Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di bawah komuniti Wonderful Of Malacca Hometown (WOAH '15) telah mengadakan jaulah ke Iskandariah. Jaulah ini diadakan pada 1 dan 2 februari 2015. Ia merupakan Ambang WOAH 15 bagi program hari keluarga yang akan diadakan pada 18,19 dan 21 februari 2015 akan datang. Seramai 100 orang mahasiswa dan mahasiswi menyertai jaulah ini. Semua peserta bertolak dari kaherah pada jam 8.30 pagi dan sampai di iskandariah sekitar jam 1 petang.
Antara tempat yang telah dilawati ialah taman montazah. Tempat ini merupakan tempat kunjungan musim panas bagi Raja-Raja Mesir sebelum revolusi 23 julai 1972 (daripada sistem kerajaan republik). Di dalam taman pinggir laut ini terdapat istana Raja Farouk yang cukup gah. Seni bina yang begitu indah ditambah lagi dengan kedudukannya yang menghadap ke arah laut tengah. Istana itu kini menjadi tempat yang disediakan bagi menyambut tetamu-tetamu yang mengunjungi Iskandariah.
Selepas itu perjalanan diteruskan lagi ke maktabah (perpustakaan) iskandariah yang dikatakan terbesar di Afrika.
Destinasi seterusnya adalah di Kota Qaitbay yang masih utuh dan teguh daripada dimamah usia. Ia telah dibina pada tahun 1480 yang bertujuan untuk mempertahankan kota tersebut daripada serangan luar.
Selepas itu perjalanan diteruskan ke Masjid Imam Abu Abbas Al-Mursi dan melawat Makam Ulama besar tarikat As-Syazili serta makam sekitarnya. Antaranya ialah Imam Bushiri yang merupakan pereka burdah terkenal. Kemudian imam Yaqut Al-Arshy dan makam 14 wali termasuk cicit Baginda SAW.
Memandangkan masa yang agak terbatas, beberapa tempat tidak sempat untuk dikunjungi oleh peserta mahasiswa. Manakala peserta mahasiswi sempat mengunjungi tempat tersebut antaranya makam Nabi Danial A.S dan Luqmanul Hakim.
Alhamdulillah, semua peserta selamat tiba di Kaherah sekitar jam 12.45 pagi. Pihak BKKIMM sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang memberikan sepenuh komitmen serta barisan pelaksana WOAH 15 yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program tersebut. Semoga dengan penganjuran Ambang WOAH 15 ni dapat merapatkan lagi ukhuwah dalam menjaga kesatuan anak-anak Melaka yang berada di Mesir ini.
“BERILMU DAN BERAMAL”
“MEMARTABAT KEILMUAN MERIBAT KESATUAN”
“BKKIMM TETAP DI HATI”
No comments:
Post a Comment