Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Melaka, pihak Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) telah membuka permohonan Dermasiswa Kerajaan Negeri Melaka. Dermasiswa ini bertujuan membantu mahasiswa Mesir yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (Mesir) yang diperakui oleh Kerajaan Negeri Melaka.
Bagi mahasiswa/wi Melaka yang ingin memohon, sila rujuk Ketua/Timbalan Unit Kebajikan BKKIMM atau Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka untuk mendapatkan borang permohonan.
Sehubungan itu, pihak TAPEM telah menggariskan beberapa syarat permohonan dermasiswa ini :
- Pelajar-pelajar yang TIDAK menerima mana-mana Tajaan Bantuan / Pinjaman/ Biasiswa adalah layak untuk memohon.
- Pemohon mestilah "Anak Negeri Melaka" yang diiktiraf sebagai :
a) Pelajar lahir di Negeri Melaka; atau
b) Ibu atau / dan bapa pemohon lahir di Negeri Melaka; atau
c) Pemohon dan ibubapa bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Melaka dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil-wakil Rakyat/ Penghulu Kawasan/ Pengerusi JKKK/ Pengerusi Japerun/ Jaksa Pendamai
-Sila sertakan Salinan (yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat/ Penghulu Kawasan/ Pengerusi JKKK/ Pengerusi Japerun/ Pegawai Kerajaan Kumpulan A)
a) Kad Pengenalan Pelajar.
b) Sijil Lahir Pelajar.
c) Kad Pengenalan Ibu Bapa.
d) Salinan Sijil SPM.
e) Salinan Surat Tawaran Kemasukan Terkini Dari Universiti.
f) Salinan Pasport Dan Visa ke Luar Negara.
g) Salinan Surat Kebenaran Melanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara (N.O.C) dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
h) Mendapatkan Surat Pengesahan dari Jabatan Penuntut Kedutaan Malaysia / Universiti berkenaan.
i) Salinan semua keputusan peperiksaan di universiti yang telah diduduki.
j) Salinan Penyata Gaji / Kad Pencen Bulanan / Surat Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.
- Dinasihatkan kepada pemohon agar mengisi borang ini dengan LENGKAP dan melampirkan semua dokuman yang diminta tanpa meninggalkan mana-mana bahagian kosong untuk memudahkan proses permohonan.
-Diingatkan kepada pemohon untuk menghantar permohonan serta salinan dokumen yang lengkap SELEWAT-LEWATNYA 28 FEBRUARI 2015 kepada Pejabat ATASE Pendidikan Negeri Melaka.
Sebarang permasalahan dan pertanyaan sila rujuk:
- Ketua Unit Kebajikan BKKIMM sesi 2014/2015
-Saudara Muhammad Hatin bin Mohd Yusuf (+201147445125)
- Timbaan Unit Kebajikan BKKIMM sesi 2014/2015
-Saudari Rabiatul Adawiyah binti Md Daud (+201113165860)
- ATASE Pendidikan Negeri Melaka
-Ustaz Muhd Anwar bin Idris (+201142345154)
“BERILMU DAN BERAMAL”
“MEMARTABAT KEILMUAN MERIBAT KESATUAN”
“BKKIMM TETAP DI HATI”
No comments:
Post a Comment