Sabtu 12 Disember 2015 - Badan Kebajikan
Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di bawah pengurusan Unit Perhubungan, Sambutan
dan Rehlah (UPSR) telah mengadakan sebuah program pertama bagi sesi 2015/2016
iaitu Jaulah Maqam ke Bahnasah. Program ini telah dijalankan dengan tujuan agar
dapat mengisi masa lapang yang terluang dan memberikan ahli BKKIMM peluang bagi
lebih mengenali para sahabat dan para aulia’ Allah serta mengambil ibrah
daripada sirah kehidupan malah ia juga sebagai pemangkin semangat dalam
menghadapi fasa imtihan yang akan datang.
Selesai sahaja menziarahi maqam-maqam yang
terdapat di Bahnasa, Semua peserta, badan pelaksana dan Musyrif dibawa melawati
kawasan Fayoum .Di sana, para peserta berpeluang melawati Tasik Qorun iaitu kawasan
tenggelamnya harta qorun yang tamakkan harta pada zaman nabi Allah Musa
‘alaihissalam. Seusai solat dan makan tengah hari para peserta bertolak untuk
pulang dan selamat tiba pada jam 4.30 petang. Pada 19 Disember 2015 bersamaan
hari sabtu minggu seterusnya, jaulah maqam diteruskan untuk bahagian mahasiswi.
Penyertaan seramai 42 orang peserta berserta enam orang musyrif untuk memantau
keselamatan para peserta. Manakala pengisian dan tempat adalah sama dengan
jaulah mahasiswa.
Harapan dari kami, semoga jaulah yang
dianjurkan ini dapat memberi manfaat serta faedah yang dapat memberi pengalaman
dan pengajaran dalam kehidupan seharian. Jaulah ini juga diharapkan dapat
mencapai objektif yang ditetapkan iaitu mengeratkan ukhuwah dalam kalangan
anak-anak Melaka serta meluaskan lagi pemandangan dan pengetahuan selaku
mahasiswa/wi Al-Azhar Mesir. Terima kasih diucapkan kepada barisan pelaksana program
yang bertungkus-lumus menjayakan jaulah dan kepada individu yang turut membantu
dalam melaksanakannya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
“Mahasiswa Berhikmah, Bakti Dicurah”
“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan
Kesatuan”
‘BKKIMM Tetap di Hati’
Disediakan oleh :
Setiausaha Kerja,
Unit Perhubungan,Sambutan
dan Rehlah (UPSR)
Badan Kebajikan
Keluarga Islam Melaka Mesir,
BKKIMM sesi 2015/2016
No comments:
Post a Comment