Pertemuan dimulakan dengan laporan
kerosakan yang berlaku di Rumah Melaka Sementara (RMS) oleh Ketua Unit
Perumahan BKKIMM, saudara Muhammad Afif bin Zainal Abidin. Perkara ini
dipandang serius oleh peringkat pegawai dan beliau berjanji akan turut
sama-sama membantu BKKIMM dalam menyelesaikan hal ini. BKKIMM juga ada bertanya
berkenaan perkembangan wang pampasan kepada mangsa kecurian di RMS pada 7
November 2015 yang lalu dan mencadangkan
supaya diberikan sebarang bentuk kebajikan dengan segera kepada anak Melaka
yang ditimpa musibah tersebut.
Perbincangan diteruskan lagi dengan persoalan
yang diajukan oleh Yang Dipertua saudara Ahmad Razin berkaitan kapasiti sebenar
dan tarikh perpindahan ke Wisma Seri Melaka (WSM). Pihak Pegawai memaklumkan
bahawa kapasiti sebenar WSM seramai 60 orang, 49 dari pelajar yang menghadiri
temuduga manakala 11 orang lagi akan diperuntukkan untuk pelajar baharu yang
akan hadir pada tahun ini. Beliau menambah lagi, anak-anak Melaka boleh
mendapatkan maklumat sebenar daripada delegasi kerajaan Negeri Melaka yang dimaklumkan
akan hadir pada bulan April ini.
Antara permasalahan lain yang
dibincangkan ialah berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh
mahasiswa-mahasiswa anak Melaka di Shoubra dan Mansurah. BKKIMM mencadangkan
supaya peringkat Pegawai dapat memberikan sebarang bentuk kebajikan dan dapat
memanjangkan permasalahan ini ke peringkat EME.
Pihak BKKIMM sentiasa bersedia untuk
bekerjasama dengan Pegawai Melaka dalam menyelesaikan permasalahan anak Melaka
dan berharap pegawai dapat melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin selaku
wakil kerajaan Negeri Melaka. BKKIMM sangat berbesar hati dengan perjumpaan
kali ini dan semoga ianya dapat menatijahkan satu hasil yang terbaik untuk
semua.
“Mahasiswa Berhikmah,Bakti
Dicurah”
“BKKIMM Tetap Di Hati”
No comments:
Post a Comment