Jaulah ini dimulakan dengan ucapan daripada Yang Dipertua BKKIMM Ustaz Ahmad Razin bin Mohd Fauzi dan diteruskan dengan bacaan doa agar diberkati segala urusan sepanjang program jaulah ini berlangsung. Setelah selesai, para peserta mula bertolak ke Sinai pada pukul tiga pagi. Setelah hampir tiga jam perjalanan, para peserta tiba di Terusan Suez dan diberikan masa untuk solat fardhu subuh. Seterusnya, jaulah ini diteruskan dengan lawatan pertama, iaitu ke Kubu Israel.
Perjalanan diteruskan dengan melawat tempat bersejarah iaitu, Telaga Nabi Musa, kisah ini telah dirakamkan oleh Allah S.W.T. dalam Al-Quran Surah Al-baqarah ayat 60. Perjalanan diteruskan lagi dengan melawati kawasan Lembu Samiri serta Makam Nabi Soleh dan Nabi Harun. Seterusnya, para peserta dibawa mendaki ke Wadi 'Arbain yang mengambil masa selama dua jam pendakian. Setelah itu, para peserta dibawa ke tempat penginapan untuk beristirehat dan bersiap sedia bagi meneruskan aktiviti seterusnya.
Selasa,22 Mac 2016
Pada pukul 1.00 pagi, jaulah diteruskan dengan aktiviti pendakian Gunung Sinai yang mengambil masa selama 5 jam. Berkat usaha dan kesabaran para peserta, akhirnya mereka tiba di puncak pada pukul 5.30 pagi. Kemudian para peserta pulang ke tempat penginapan dan bersiap sedia bertolak ke Dahab pada pukul 10.30 pagi.
Setelah tiba di Dahab,yang memakan masa selama dua jam perjalanan, para peserta dibawa ke tempat penginapan untuk beristirehat. Di sebelah petang, para peserta disajikan dengan aktiviti yang menarik iaitu ATV (Quad Biking). Para peserta dibawa menikmati permandangan dan bersiar-siar sekitar Dahab. Di sebelah malam pula, peserta dibawa ke tempat membeli belah dan akhirnya majlis penangguhan jaulah serta jamuan BBQ. Ucapan penangguhan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Hewi, Ustazah Ain Hanisah Binti Abdul Hannan.
Rabu,23 Mac 2016
Merupakan hari terakhir bagi jaulah ini. Aktiviti diteruskan lagi dengan solat subuh berjemaah. Kemudian, para peserta dibawa ke Blue Hole bagi meneruskan aktiviti terakhir iaitu, snorkeling. Melalui aktiviti ini, para peserta dapat menikmati keindahan lautan ciptaan Allah. Selesai aktiviti, para peserta pulang ke tempat penginapan dan bersiap sedia untuk pulang ke Kaherah pada jam 10.30 pagi. Para peserta dan rombongan jaulah tiba di Kaherah pada pukul 9.00 malam.
Harapan dari kami, semoga jaulah yang dianjurkan ini dapat memberikan pengalaman baru buat semua peserta. Di samping, kesatuan hati juga hubungan antara pimpinan HEWI dan ahli BKKIMM dapat dieratkan melalui aktiviti yang dijalankan. Kami juga berharap jaulah yang diadakan ini dapat menambah pengetahuan tentang sejarah-sejarah islam serta meningkatkan lagi rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T. Terima kasih diucapkan kepada barisan pelaksana program yang membanting tulang bagi menjayakan jaulah kali ini serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak. Jazakallahu khairan jaza’.
"Mahasiswa Berhikmah Bakti Dicurah"
"BKKIMM Tetap Di Hati"
Disediakan Oleh:
Athirah binti Safiuddin,
Setiausaha Program Sinai Extreme Dahab. Discover (SEED’16),
Anjuran Unit Perhubungan, Sambutan Dan Rehlah BKKIMM sesi 2015/2016.
No comments:
Post a Comment