Thursday 10 December 2020

[ KESEPAKATAN DALAM SYURA, MEMBENTUK ASAS KEJAYAAN ]




[ KESEPAKATAN DALAM SYURA, MEMBENTUK ASAS KEJAYAAN ] 

KAHERAH, 6 Disember 2020 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah mengadakan Annual General Meeting (MEET '33) pada sesi kali ini yang bertempat di Dewan Wisma Nusantara, Rabaah. Program tersebut telah diketuai oleh Ustaz Khairuddin bin Mohd Nasir dan timbalannya, Ustazah Siti Syazwani Haniyyah binti Mohd Sharif bersama barisan komiti pelaksana MEET '33.

   Program yang bertemakan “Together In Syura, Towards Unity” ini merupakan satu wasilah terbaik untuk memberi cadangan dan muhasabah bagi memastikan halatuju BKKIMM tetap berlangsung pada masa akan datang.

   Pada 3 Disember 2020 telah diadakan perasmian MEET’33 dimulai dengan Tazkirah yang bertajuk  “Kepimpinan Rasulullah dalam Memacu Sistem Syura” yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Baihaki bin Rasyid selaku Mantan Penasihat BKMIP. Setelah itu, pengisian diteruskan lagi dengan sedikit ucapan pembukaan daripada pengarah program iaitu Ustaz Khairuddin bin Mohd Nasir dan kalam alu-aluan daripada Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Muhammad Audi bin Ismail. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah, Penasihat BKKIMM sesi 2019/2020 sekaligus merasmikan MEET ’33.




   Pada 6 Disember 2020, Annual General Meeting diteruskan lagi dengan agenda kemuncak iaitu Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-33 yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Muhammad Audi bin Ismail selaku Yang Dipertua BKKIMM. Antara agendanya ialah semakan minit Mesyuarat Agung Tahunan kali-32, pembentangan laporan aktiviti tahunan serta laporan kewangan BKKIMM bagi setiap unit. Minit mesyuarat dan laporan kewangan tersebut telah dicadangsah dan disokong oleh ahli sidang yang hadir. Majlis diteruskan lagi dengan perbahasan usul yang telah dibahas oleh Ustazah Izzah Hafizah binti Abdul Halim. Usul tersebut telah dibahaskan hampir satu jam 15 minit oleh ahli sidang serta sebulat suara bersama-sama untuk menjayakannya pada sesi hadapan. 

   Kemudian program diteruskan lagi dengan ucapan penggulungan dari ahli mesyuarat dan pemberitahuan dari peringkat Yang Dipertua berkaitan pengecilan bilangan Ahli Jawantankuasa Tertinggi (AJKT). Pengisian diteruskan dengan slot Suruhanjaya Pilihan Raya yang dikendalikan Ustaz Wan Mohd Iqram bin Wan Faudzi untuk menyampaikan berkenaan pengundian dan beberapa makluman. Akhir sekali, MEET '33 menutup tirainya dengan penyampaian cenderahati serta kehadiran ahli BKKIMM adalah seramai 67 orang ikhwah dan juga akhawat.


   Pihak komiti mendahulukan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli yang hadir dan memberikan komitmen yang terbaik disepanjang mesyuarat berlangsung. Mudah-mudahan segala kata sepakat yang telah diputuskan memberi keberkatan kepada organisasi ini disamping mengukuhkan lagi silaturahim yang telah dibina dalam kalangan anak Melaka. “Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat”.

Wallahua’lam.

“Together In Syura, Towards Unity”

“Profesionalisme Mahasiswa, Membina Ilmuan Berbakti”
“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”

#TogetherAchieveSolution
#BKKIMMKeluargaKita
#BersamaBersatu

Disediakan oleh : Setiausaha (Promosi dan Teknikal) | MEET ’33 | BKKIMM sesi 2019/2020

No comments:

Post a Comment