Sunday 10 January 2021

[ LAPORAN : PERSEFAHAMAN PEJABAT ATASE PENDIDIKAN NEGERI MELAKA - BKKIMM : MEREALISASIKAN PENYATUAN ANAK-ANAK MELAKA MESIR ]




WISMA SERI MELAKA, 7 JANUARI 2021 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2020/2021 telah mengadakan pertemuan bersama Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka, Ustaz Haji Masykuri bin Haji Khamid di Wisma Seri Melaka, Kaherah. Pertemuan yang diketuai oleh saudara Muhammad Rohaizad bin Mohd Noh selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir dan saudari Izzah Hafizah binti Abdul Halim selaku Timbalan Ketua Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) serta penasihat iaitu saudara Muhammad Audi bin Ismail telah disambut baik oleh Pejabat Atase Pendidikan Negeri Melaka. 

    Dalam pertemuan tersebut, peringkat Yang Dipertua telah berbincang berkaitan satu persefahaman daripada Pejabat Atase Kerajaan Negeri. Sebuah memorandum telah dibentangkan bagi mencapai kesepakatan bersama daripada kedua-dua pihak. Tujuan utama kesepakatan ini adalah bagi menyatukan seluruh anak Melaka atas dasar Islam dan meneruskan hubungan baik dengan Pejabat Atase Pendidikan dan Kerajaan Negeri di samping berusaha ke arah mengembalikan semula pengiktirafan BKKIMM. 

Antara perkara lain yang telah disepakati dalam perjanjian persefahaman itu adalah :

1. Pejabat Atase Pendidikan Melaka Mesir bersetuju membantu BKKIMM untuk mendapatkan kembali pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri.

2. Sebarang aktiviti di media rasmi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir diberhentikan dalam tempoh enam bulan. 

3. Mana-mana penghuni yang gagal mengikuti segala peraturan yang ditetapkan akan dikeluarkan daripada premis negeri. 

   Pertemuan dua hala ini telah mencapai kata sepakat dan diakhiri dengan menandatangani memorandum bagi menyatakan kesepakatan di antara kedua-dua pihak.

   Akhir sekali, BKKIMM sangat optimis dengan usaha kesepakatan kedua-dua pihak. Semoga usaha ini dapat mencapai tujuan utama iaitu menyatukan semua anak Melaka Mesir selain mengembalikan pengiktirafan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM). Mudah-mudahan perjanjian persefahaman ini mendapat keredaan daripada Allah SWT.

"Ilmuan Rabbani, Penerus Legasi Islami"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#1Hati1Wahdah
#BersamaBersatu

Disediakan oleh : 
Jabatan Setiausaha Agung, 
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2020/2021

No comments:

Post a Comment