Tuesday 6 July 2021

[ LAPORAN PENUH : PERSEFAHAMAN PEJABAT ATASE PENDIDIKAN NEGERI MELAKA - BKKIMM : SELANGKAH MENUJU KE ARAH PENYATUAN ANAK-ANAK MELAKA MESIR ]



KAHERAH, MESIR - 6 Julai 2021 - Rentetan daripada Perjanjian Persefahaman bersama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Melaka yang telah ditandatangani bersama pada tarikh 26 Disember 2020, ia telah berakhir pada 26 Jun 2021 dengan pertemuan yang mesra antara dua pihak pada 3 Julai yang lalu.

    Persepakatan ini bertujuan menyatukan anak Melaka di Mesir atas dasar Islam di samping meneruskan kerjasama dengan Pejabat Atase Pendidikan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka ke arah mengembalikan semula pengiktirafan BKKIMM. 

    Antara perkara yang telah disepakati sepanjang tempoh perjanjian adalah:

1. Pejabat Atase Pendidikan Negeri Melaka bersetuju membantu BKKIMM mengembalikan semula pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri.

2. Menghentikan segala pergerakan BKKIMM dalam tempoh enam bulan.

3. Mana-mana penghuni yang gagal mengikuti segala peraturan yang ditetapkan akan dikeluarkan daripada premis Kerajaan Negeri. 

    Sepanjang tempoh perjanjian, BKKIMM sentiasa berusaha memenuhi semua isi perjanjian serta memberikan kerjasama yang baik kepada Pejabat Atase Pendidikan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri  dalam menjayakan perjanjian persefahaman ini di samping mengikuti perkembangan perjanjian dari semasa ke semasa.


    BKKIMM juga mengambil inisiatif menghantar wakil pimpinan untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak iaitu wakil Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Ustaz Kamaruddin bin Haji Sidek selaku Penasihat Agama Ketua Menteri dan Persatuan Ibu Bapa Mahasiswa Mesir Melaka (PIBMMM) berkaitan perjanjian persefahaman ini dan permasalahan Mahasiswa Melaka di Mesir.

    Pejabat Atase Pendidikan Negeri Melaka juga telah mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (SU MAIM) ketika beliau pulang ke Malaysia pada bulan Januari 2021. Dalam pertemuan tersebut, beberapa laporan dan cadangan berkaitan pengikitirafan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM). Selepas pulang ke Mesir, beliau juga telah  menghantar laporan dan permasalahan kepada Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama  Sulaiman bin Md Ali dan Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (SU MAIM) melalui aplikasi Whatsapp sebagai usaha di peringkat Pejabat Atase Pendidikan Negeri Melaka.



    Walaupun tiada maklum balas daripada Kerajaan Negeri sepanjang tempoh perjanjian persefahaman ini, BKKIMM sentiasa komited dan optimis dalam memberikan kerjasama kepada pihak berwajib bagi menyelesaikan permasalahan anak Melaka di Mesir.

    Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Atase Pendidikan Negeri Melaka atas usaha dan kerjasama yang diberikan dalam membantu mengembalikan pengiktirafan BKKIMM sepanjang tempoh perjanjian persefahaman ini. BKKIMM juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan perjanjian ini. 

    BKKIMM sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada Pejabat Atase Pendidikan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri terutamanya dalam aspek kebajikan, pendidikan dan keselamatan Mahasiswa Melaka Mesir walaupun perjanjian persefahaman ini telah pun berakhir. BKKIMM juga berharap agar permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik demi kemaslahatan bersama. 

"Ilmuan Rabbani, Penerus Legasi Islami"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#1Hati1Wahdah
#BersamaBersatu

Disediakan oleh : 
Jabatan Setiausaha Agung, 
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir, 
sesi 2020/2021

2 comments:

  1. Terima kasih Atase Pendidikan Negeri Melaka atas tawaran perjanjian dan usaha untuk mendapatkan pengiktirafan Bkan Melaka.

    ReplyDelete
  2. Moga Allah menyingkap segala pintu hikmah di atas usaha yang telah dilaksanakan... Walaupun tiada apa2 respon kpd pengiktirafan BKKIMM akan tetapi tahniah diucapkan kpd barisan pimpinan usaha yang telah ditunjukkan... Hebat!!!

    ReplyDelete