Wednesday 17 November 2021

[ LAPORAN | AKTIVIS BERINOVASI, PEMACU KESATUAN ]





  KAHERAH, 10 OKTOBER 2021 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah mengadakan program sulungnya iaitu Himpunan Aktivis Melaka 2021 (HIMMAH '21) yang telah berlangsung di Wisma Sultan Muhammad V, Kaherah. Program tersebut telah dikelolai oleh Ustaz Muhammad Rohaizad bin Mohd Noh sebagai pengarah dan Ustazah Nor Amirah Aiman binti Shamsuri selaku timbalan pengarah program. 

   Program yang bertemakan “Aktivis Berinovasi, Pemacu Kesatuan” ini merupakan satu wasilah bagi menghimpunkan para aktivis dalam kalangan ahli Melaka untuk memberi penghargaan yang amat bernilai buat mereka kerana bergiat aktif dalam melakukan dakwah dan membina jati diri sebagai individu muslim yang berkaliber.




   Pada 9 Oktober 2021, telah diadakan aktiviti sukaneka bagi mengerat dan meribat hati dalam kalangan ahli Melaka. Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan pada hari pertama tersebut. Aktiviti tersebut telah dilaksana di Padang Zahra, Hayyu Asyir bagi ikhwah. Manakala, di bahagian akhawat telah melakukan aktiviti di Hadiqah Atfal. Alhamdulillah segala aktiviti yang dilakukan mendapat respon yang baik.

   Begitulah kita, hidup dalam sebuah komuniti atau organisasi tidak lekang dengan sifat-sifat mahmudah. Hati yang ingin merebut kasih Ilahi, dan jiwa yang ingin berkorban perlu disemai dalam kehidupan supaya kita memahami apa yang dipelajari bukan seperti kerbau yang dicucuk hidung. Eratkan tali persaudaraan antara sesama anak Melaka agar dapat merealisasikan penyatuan yang sekian lama dipisah bak kata pepatah melayu 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.




 Akhir sekali, HIMMAH '21 melabuhkan tirainya dengan ucapan penghargaan dan harapan Yang Dipertua kepada seluruh aktivis Melaka.

   Pihak komiti mendahulukan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli yang hadir dan memberikan komitmen yang terbaik sepanjang program berlangsung.

Wallahua’lam.



"Aktivis Berinovasi, Pemacu Kesatuan"
"Medan Islami Menuai Bakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#KerjaUntukIslam
#1Hati1Wahdah
#BersamaBersatu

Disediakan oleh : Setiausaha dan Promosi ( Persiapan dan Teknikal) | HIMMAH '21 | BKKIMM sesi 2021/2022

No comments:

Post a Comment