Saturday 13 November 2021

[ SYURA DIAPLIKASI, KESATUAN DIREALISASI ]


KAHERAH, 21 OKTOBER 2021 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 34 (SYURA-34) pada sesi kali ini yang bertempat di Dewan Wisma Nusantara, Rabaah. Dengan kehadiran ahli yang berdaftar seramai 67 orang. Program tersebut telah diketuai oleh Ustaz Muaz bin Mohd Salleh dan Ustazah Ummul Mukminin binti Muhamad Nuri selaku timbalan pengarah program. 

   Program yang bertemakan “Syura Diaplikasi, Kesatuan Direalisasi” ini merupakan satu wasilah terbaik untuk memberi cadangan dan muhasabah bagi memastikan halatuju BKKIMM tetap berlangsung pada masa akan datang.

   Pada 19 Oktober 2021 telah diadakan perasmian SYURA-34 dimulai pada sebelah petang dengan Diskusi Kitab yang bertajuk  “الأربعون حديثا في شمائل الرسول” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Yusuf bin Hasani selaku Fasilitator KPKM. Pengisian diteruskan lagi dengan ucapan pembukaan daripada pengarah program iaitu Ustaz Muaz bin Mohd Salleh. Disusuli ucapan perasmian daripada Ustaz Muhammad Faiz bin Mohd Salim, Penyelaras Utama MG BKAN.  




   Pada 21 Oktober 2021, SYURA-34 diteruskan lagi dengan agenda kemuncak iaitu Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-34 yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Rohaizad bin Mohd Noh selaku Yang Dipertua BKKIMM. Antara agendanya ialah pembentangan minit Mesyuarat Agung Tahunan kali-33 dan laporan kewangan BKKIMM bagi setiap unit. Minit mesyuarat dan laporan kewangan tersebut telah dicadang sah dan disokong oleh ahli sidang yang hadir. Majlis diteruskan lagi dengan perbahasan usul yang telah dibahas oleh Ustaz Abdul Mujib bin Othman dan Ustazah Nur Afiqah binti Azman. Kedua-dua usul tersebut telah disokong sebulat suara oleh ahli sidang. Maka, usul yang pertama dan usul yang kedua dijadikan sebagai cadangan.

   Seterusnya program dimeriahkan lagi dengan ucapan penggulungan daripada ahli mesyuarat dan Ahli Jawantankuasa Tertinggi (AJKT). Kemudian, slot Suruhanjaya Pilihan Raya yang dikendalikan Ustaz Wan Mohd Iqram bin Wan Faudzi untuk menyampaikan berkenaan pengenalan barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Hewi sesi 2021/2022.



 Akhir sekali, SYURA-34 menutup tirainya dengan penyampaian cenderahati kepada seluruh AJKT dan penggerak-penggerak program yang terlibat. 

   Pihak komiti mendahulukan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli yang hadir dan memberikan komitmen yang terbaik disepanjang mesyuarat berlangsung. Mudah-mudahan segala kesepakatan yang telah diputuskan memberi keberkatan kepada organisasi ini disamping mengukuhkan lagi silaturahim yang telah dibina dalam kalangan anak Melaka. “Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat”.

Wallahua’lam.

“Syura Diaplikasi, Kesatuan Direalisasi”

“Ilmuan Rabbani, Penerus Legasi Islami”
“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”

#KepimpinanIslam
#1Hati1Wahdah
#BersamaBersatu

Disediakan oleh : Setiausaha (Promosi) | SYURA-34 | BKKIMM sesi 2020/2021

No comments:

Post a Comment