Wednesday 27 April 2022

[ LAPORAN IJTIMA' KABIR | KESEPAKATAN DASAR MEMPERKUKUH AGENDA DAKWAH ]

KAHERAH, 23 April 2022 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2021/2022 telah mengadakan program Ijtima’ Kabir yang bertempat di Wisma Nusantara, Rabaah.


Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Umar Muhammad bin Ridzuan selaku Yang Dipertua (YDP) Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2021/2022 dimulakan dengan pembentangan laporan gerak kerja dan aktiviti sepanjang penggal pertama bagi sesi 2021/2022. Seterusnya, beliau membuka ruang soal jawab kepada peringkat ahli berdasarkan laporan yang dibentangkan.


   
     Majlis diteruskan dengan agenda cadangan dan muhasabah daripada  peringkat ahli kepada pimpinan BKKIMM bagi memastikan perjalanan persatuan ini lebih baik pada masa akan datang.

    Sehubungan itu, majlis dilanjutkan oleh YDP selaku pengerusi Ijtima’ Kabir kepada agenda perbahasan isu yang dibawa oleh peringkat pimpinan dengan tajuk “Kebersamaan Sebagai Medium Memperkukuh Agenda Islam” yang dibahas oleh Ustazah Rabiatul Adawiyah binti Harun selaku Timbalan Bendahari Agung (Timbalan Ketua Unit Kebajikan). Agenda perbahasan isu ini dirancakkan lagi dengan beberapa pembahas dalam kalangan ahli ikhwah dan akhawat BKKIMM.



Tuntasnya, bertepatan dengan isu perbahasan yang telah dibahas oleh peringkat ahli dan pimpinan, YDP membentangkan dua matan resolusi yang telah disepakati bersama pimpinan dengan matan resolusi: 

1. Meningkatkan Kesedaran dan Kefahaman Anak Melaka tentang Konsep Ukhuwah Islamiah demi keberlangsungan kesatuan bersama.

2. Bersama Bersatu Meletakkan Kepercayaan antara Ahli dan Pimpinan Demi Survival Dakwah Islam.

BKKIMM menyeru agar resolusi yang telah disepakati bersama ini dapat dijayakan oleh semua peringkat khususnya seluruh Anak Melaka yang berada di Perlembahan Nil.

    Akhirnya, peringkat BKKIMM berharap dengan berlangsungnya program ini dapat memberi input atau satu muka baharu dalam usaha meneruskan agenda kesatuan dan kebajikan demi kelangsungan dakwah Islam dalam kalangan Anak Melaka di bumi Mesir. Semoga majlis Ijtimak Kabir ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

"Medan Islami Menuai Bakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#1Hati1Wahdah
#BersamaBersatu




No comments:

Post a Comment