Wednesday 11 May 2022

[ MAKLUMAN | PENANGGUHAN PROGRAM BKKIMM FASA DUA DAN PELAKSANAAN ‘FAMILY BREAK’ AMALI ]





Firman Allah SWT :

فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلْمَلِكُ ٱلْحَقُّۗ وَلَا تَعْجَلْ بِٱلْقُرْءَانِ مِن قَبْلِ أَن يُقْضَىٰٓ إِلَيْكَ وَحْيُهُۥۖ وَقُل رَّبِّ زِدْنِى عِلْمًا 

"Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku."

(Taha: 114)

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang telah mengurniakan kepada kita nikmat Iman dan Islam yang kita dapat pada hari ini. Kita tidak akan dapat kedua-dua nikmat ini kecuali atas perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat. Oleh itu, marilah sama-sama hadirkan dalam hati kita rasa syukur kepada Allah SWT. 

Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) merupakan satu wadah kesatuan anak Melaka di bumi Mesir dan telah ditubuhkan pada tahun 1976 atas dasar menjaga kebajikan anak-anak Melaka yang menuntut ilmu di bumi Mesir ini. 

Berdasarkan firman Allah SWT di atas , Rasulullah SAW diajar untuk sentiasa berdoa supaya ditambahkan ilmu pengetahuan dan jangan bimbang jika lupa akan ilmu tersebut, kerana Allah SWT yang mengekalkan ilmu tersebut dalam hati Rasulullah SAW. Begitu juga kita pada hari ini, selaku penuntut ilmu Allah SWT, jangan kita tergopoh-gapah untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu sedangkan yang lain tercicir atau terlupa.

Maka, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah supaya ditambahkan ilmu pengetahuan dan tidak lupakan ilmu tersebut. 

Seperti sedia maklum, sesi pengajian fasa dua bagi sesi 2021/2022 kini telah berada di penghujungnya. Kini, mahasiswa/wi Melaka di bumi Mesir ini khususnya sedang bersiap siaga untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan Mumtaz.

BKKIMM sesi 2021/2022 dengan ini memaklumkan bahawa bermulanya 11 Mei 2022 merupakan tarikh penangguhan program mega dan separa mega kecuali program yang berbentuk pendidikan, motivasi dan tarbiah. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa/wi Melaka untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. 

Sehubungan itu, Family Break Amali juga akan bermula pada tanggal 13 Mei 2022 sehingga pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. 

Tuntasnya, BKKIMM mengharapkan semua anak Melaka dapat memanfaatkan peluang yang ada ini untuk menumpukan seluruh perhatian terhadap pelajaran.

BKKIMM juga mendoakan supaya semua anak Melaka dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi peperiksaan dan memeproleh keputusan yang cemerlang. Semoga kejayaan yang diperoleh mendapat keberkatan oleh Allah SWT.

Siiru’ala barakatillah .

Muhammad Ismail bin Samsudin
Timbalan Yang Dipertua
(Unit Perancang dan Panitia)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2021/2022

"Medan Islami Menuai Bakti" 
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" 

#1Hati1Wahdah 
#BersamaBersatu

No comments:

Post a Comment