Friday 1 August 2014

SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT SELURUH PENYUMBANG


Jumaat, 1 Ogos 2014 : Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)  saudara Ahmad Rabbani bin Ismail mewakili anak-anak Melaka mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dana dalam membantu anak-anak Melaka di  Mesir. "Dalam menjalankan gerak kerja Islam, persatuan haruslah mempunyai dana yang cukup bagi memastikan kesinambungan kebajikan kepada anak-anak Melaka  diberikan dengan sebaiknya", ujar beliau.

Pada 16 Jun 2014, saudari Nurulain Binti Mohd Zaid yang merupakan Penasihat BKKIMM telah meyerahkan sumbangan yang terkumpul hampir mencecah RM 2000 kepada saudara Mohd Zawawy Bin Zainal Khan selaku Bendahari Agung (Ketua Unit Kebajikan) BKKIMM. Wang tersebut adalah hasil daripada sumbangan para pelajar keluaran Mesir yang bertungkus-lumus mencari dana demi memastikan kelangsungan BKKIMM di bumi Mesir ini.

Selama hampir enam tahun, BKKIMM hanya bergerak dengan kekuatan anak-anak Melaka di Mesir sahaja tanpa mendapat dana yang tetap daripada mana-mana pihak. Namun begitu, atas dasar amanah dan tanggungjawab selaku persatuan mahasiswa yang menaungi anak-anak Melaka di Perlembahan Nil ini, BKKIMM  begitu optimis dalam memastikan kebajikan seperti kewangan, pendidikan, keselamatan juga kemahiran anak-anak Melaka terus terjaga dan terpelihara. 

Baru-baru ini Jabatan Bendahari Agung telah menyiapkan satu kertas kerja bagi memohon bantuan kewangan di Malaysia. Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada ahli BKKIMM yang tidak berkemampuan dan tidak mendapat tajan daripada mana-mana pihak. Langkah yang diambil oleh BKKIMM membuktikan BKKIMM lebih terkehadapan dalam menangani permasalahan anak-anak Melaka di bumi Mesir.

Akhir sekali,pihak BKKIMM sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang sama ada secara langsung ataupun tidak. Sumbangan tersebut akan digunakan sebaiknya bagi memastikan setiap kebajikan anak Melaka dan program yang dianjurkan berjalan dengan lancar. Semoga setiap nilai yang disumbangkan mendapat ganjaran di sisi Allah.

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"MELESTARI KESATUAN MERENTASI PERJUANGAN"
"BKKIMM PILIHAN KAMI"

2 comments:

  1. Mantappp... Smoga terus kukuh dan utuh Bkkimm.. Jgn pernah lepaskan pegangan dan kesatuan ini runtuh dan musnah sperti mana rumah melaka lama... Trus sabhat...!!!kami brsama Anda

    ReplyDelete