Kaherah, 28 Feb - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah berjaya menganjurkan program Hari Keluarga yang telah diberi nama Ikatan Mahabbah Anak-anak Melaka 2013 (IKMAM '13). Seramai hampir 120 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi Melaka Mesir menyertai program yang telah dijalankan selama 3 hari ini.
Dengan bertemakan ‘Sehati Bersama Keluarga Bahagia’, program
ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama anak
Melaka yang berada di bumi Anbia’ (Mesir) ini baik pelajar Univesiti
Al-Azhar mahu pun pelajar perubatan.
Program
tersebut telah berlangsung selama tiga hari, bermula 28 Februari (Khamis) yang
mana ia telah dirasmikan oleh Ustaz Abdul Aziz Bin Ali,Presiden PMRAM dan turut dihadiri oleh wakil HEWI dan BP
angkat Melaka, manakala majlis perasmian penutup dilakukan oleh YDP BKKIMM
Ustaz Khairul Fadli tepat 11.30 malam,2 Mac 2013 (Sabtu) di Markaz Perubatan.
Aktiviti di mulakan dengan Qiamullail,solat subuh berjemaah dan tazkirah yang disampaikan Ustaz
Muhammad Daud Bin Ashaari. Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik diadakan seperti Pertandingan
Iron Chef, Sweet Memory dan sebagainya.
Aktiviti luar untuk ikhwah telah dijalankan
di padang Mukhayyam Daim,
sementara akhawat di Wisma Seri Melaka. Manakala acara luar bagi ikhwah telah diadakan di padang Mukhayyam Daim dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya bola sepak, kadet berkumpulan dan banyak lagi. Dan acara luar akhwat telah diadakan di Hadiqah Dauliah.
'Sehati bersama, Keluarga Bahagia'
'Memaju prestasi membumi bakti'
'Memaju prestasi membumi bakti'
'BKKIMM Pilihan Kami'
Disediakan Oleh,
Muhammad Irsyad Bin ZainalAbidin
Setiausaha Kerja,
Program Hari Keluarga
(IKMAM 13),
Badan Kebajikan Keluarga
Islam Melaka Mesir,
Sesi 2012/2013
No comments:
Post a Comment